Monday, March 28, 2011

Canton - 27/3/2001

Tepat jam 12mlm 27/3 aku call ofis. Stanby bermula jam 6pagi, tapi sebelum mereka call aku lepas tu dapat flight yang tak menarik, biar aku yang call mereka, cuba2 kot dapat yang best. Jawapan menghampakan, sbb mmg bnyk flight, tp mereka tidak dapat memberinya in-advance, sbb terlalu bnyk kekosongan. Tak tahulah apa motif mereka sebenarnya.
Pagi pukul 6:20 mereka call, dari nadanya aku tahu, mesti flight hampeh. Sangkaan aku mmg tepat, Canton. Flight dalam cat yang paling aku nyampah, sbb, aku pergi sebelum matahari terbit, balik, matahari dah tidur... huhu. Ditambah pulak, kami terpaksa bekerja tanpa seorang crew (short of 1). Azab. Tapi apa nak buat, dah tugas macam tu. Ikutkan saja.
Sampai di KLIA, aku sign in, aku senyum, sebab dari Supervisor, hinggalah ke crew biasa, semuanya OK. Alhamdulillah, atleast ada juga penyedap hati. Supervisor (IFS) pun kenal aku. Semasa briefing, IFS tugaskan aku di cabin Ekonomi (dah senior macam ni, rasa macam tak best kerja kat EY...hehe, selalunya First atau Business Class je)
Dari KLIA, delay sbb, bnyk department pun tak cukup staff. Cabin cleaners dan catering datang lewat. Mungkin kerana hari Ahad, ramai yang ponteng. Agaknya lah.
Tak kesahlah. Catering cakap, flight full pergi dan balik. Masak aku. Tp takpelah, insyaallah pejam mata pun boleh kot.
Bila penumpang masuk, tugas pun bermula. Bersilat sampailah ke destinasi, Guangzhou. Transit cuma 1jam30minit sahaja sebelum balik semula ke KL. Flight ex-Can, penuh lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...