Wednesday, November 3, 2010

Hari Jadi anak


Assalamualaikum tuan2/puan2... hehehe. Macamlah ramai sangat nak baca citer ni. Ah! tak kisah lah kan... belasah aje ler...
31hb Oct 2010, hari yang paling best dalam tahun ini bagi anak2 aku. Al Maklum, tak pernah diorang sambut harijadi dengan kawan2 yang ramai2. Selalunya diorang potong kek sambil diperhatikan oleh aku, mama dia, adik beradik dia, dan aunty2 diorang aje. Kali ni dia potong kek, siap ada badut dan kawan2 diorang nyanyi lagi.
Idea nak buat majlis harijadi ni sebenarnya bermula dari tahun lepas lagi. Tapi bila aku tengok roster aku, aku kena kerja time aku nak buat majlis tu. Lak tu masa tu budjet lari lah pulak. Jenuh aku kejar, tapi tak dapat jugak. Alhamdulillah tahun ni aku diberi rezeki lebih sikit. Rezeki budak2 lah kan? Aku plan ngan wife nak buat perty besar sikit. Budjet dalam riban-riban gak ler. Bila tengok jadual kerja, kena lah pulak 31hb (Ahad) aku cuti. Memang canteklah.
Masa meeting ngan wife aku, apa yang kami nak adakan pada hari party tu, wife cakap, buat makan2 jelah. Macam kenduri. Aku kata tak best. Aku nak anak2 ingat sampai bila2. Pastu wife tanya, abis tu nak buat apa? Bulan 7/10 dah buat doa selamat untuk diorang, ingat nak buat nyanyi2 lah pulak kali ni. Bukannya nak melalak sakan pun, cuma nak ada juga hiburan. Wife setuju. Aku pun carilah perkhidmatan karaoke yang aku kenal. Ada jugalah kawan aku kat FB mengendalikan perkhidmatan itu dan bersedia utk membantu. Tapi last minit, wife kata, takut nanti ganggu jiran tetangga pulak. Bising. Lagipun kami buat siang, tak kena kalau karaoke siang. So, karaoke cancel. Sedang kami fikir nak buat apa lagi masa party tu, Puteri (anak ke3) dan AL (bongsu), buka majalah Pa&Ma. Mereka tengok ada gambar Clown. Mereka seronok sangat. So, kami tanya mereka. Tak takut ke kalau clown tu datang. Mereka kata, tak takut, seronok dapat belon. So, aku pun goggle lah clown untuk mereka. Jumpa kat bubu.com. Tapi mulanya tak setuju, sebab mahal sangat. Sejam RM300. Huih! mana tahan macam tu. Cancel. Pastu clown tu telefon, dia bagi diskaun RM200 aje. Aku tengok wife aku, wife aku tengok aku. Wife kata, ambil jelah. Bukannya selalu. Janji mereka seronok. Aku call Bubu, dan setuju. Bubu pun happy, aku pun happy. Ini lah Bubunya.
To be continue....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...