Wednesday, April 27, 2011

Hong Kong

Assalamualaikum kawan,
Jumpa lagi kita. Entri ni aku tulis sekembalinya dari Hong Kong. Bukannya ada cerita menarik pun, tapi bila dah excited nak berblog ni, kutulis juga untuk dikongsikan bersama.
Aku depart dari KLIA hari Ahad 24/4 pukul 6:30ptg. Kat KLIA sempat lagi tukar Hong Kong Dollar ni HKD350/RM150.

Dalam Flight, tak habis sorang2 bercerita apa plan esok. Aku pun merisik gak kengkawan kot2 mereka ada plan. Hmm..... semuanya plan nak melepak tidur dalam bilik aje. Hampeh betul. Aku sepatutnya bawak family dalam trip HK kali ni, tapi oleh kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan, tak jadi bawak family. Alhamdulillah jugak la, sebab flight penuh pergi dan balik. Buatnya mereka ikut, kan payah nanti, takut tak dapat seat pulak.

Sampai diairport HK dalam pukul 11malam, kami dibawa naik bas ke Hotel SkyCity Marriot Hotel. Bukannya jauh sangat pun ngan airport, dekat aje. Tak sempat habis sebatang rokok pun, tapi aku tak merokok..hehe. Di lobi, semua ambil kunci bilik masing2. Aku dapat bilik no 766. Dan inilah bilik aku.


Cantikkan?
Setiba dibilik, aku rehat2 dulu, baca Mingguan Malaysia, sebelum aku masuk mandi dalam bilik air yang serba indah ini. Kalau nak buat sendiri macam ni, mmg aku tak mampu. Memang kelas betul hotel ni...


Selepas mandi, aku tidak terus tidur, aku keluar pergi ke Crew Lounge dulu. Oleh kerana aku tak bawa lappy untuk update status FB, aku kenalah menumpang guna di Crew Lounge ini. Di situ disediakan 4pc, TV, Coffee Maker, Minuman, Board Games, dan macam2 lagi untuk Crew2 yang menginap dihotel ini. So, lama juga aku kat situ, borak dan berFB, hingga pukul 1pagi.


Selepas tu aku balik bilik dan terus tidur. Kerana keselesaan katil dan bilik tu, aku tidur senyenyak2nya hingga terlajak pukul 10pagi....terlepas subuh. Terjaga dan mandi, siap2, terus aku turun untuk keluar ke Kowloon, HK. Sebelum tu, sempat lagi aku singgah ke Crew Lounge, untuk update dan check msg FB. hehe. MAcam perkara wajib pulak. Aku sempat sambar sebiji epal sebelum keluar.

Di stesyen keretapi aku dapatkan tiket untuk perjalanan pergi dan balik dari hotel ke bandar...

Ini gambar dalam tren dari Asia World Expo ke bandar Hong Kong. Trennya bersih sesangat. Cantik dan selesa. Sangat efisyen.




Permandangan perumahan sekitar berhampiran airport...


Haaaaa.... sampai pun ke Kowloon. Dari sini aku ambil shuttle bas ke pekan Kowloon, Nathan Road, tempat ramai orang membeli belah. Sepanjang jalan ini, terdapat bnyk kedai2 pakaian dan elektronik. Kata kawan saya, En Anuar Nordin, segala atuk nenek cucu cicit part tentang elektronik boleh didapati disini.


Di sini juga terdapat ramai orang Islam, dari Pakistan, Indonesia, India, dan lain2. Jadi utk mendapatkan makanan halal, tiada masalah langsung. Dan inilah salah satu dari masjid di Hong Kong...



Inilah dia permandangan Nathan Road...


Sambil berjalan2 sepanjang jalan ni, aku tertarik dengan iklan ini. Kalau diterjemahkan secara terus, bermakna kat kedai ni ada jual dadah.... adakah dadah halal di Hong Kong? Teringat masa aku di tingkatan 1, cikgu bertanya, "apa yang anda tahu pasal dadah?", semua kawan jawab, dadah tu ketagih la.... dan macam2 lagi.... Tapi bila turn aku, dengan selambanya aku menjawab "dadah adalah sejenis ubat jika digunakan secara betul dengan had dan sukatannya, tetapi akan menjadi racun, seandai disalahgunakan.". Cikgu tersebut menepuk bahu aku, dan berkata "bagus". Sebenarnya, ini adalah kedai ubat dan herba Cina. Macam2 ubat dijual disini. Tapi aku tak masuk, kerana tidak tahan dengan baunya.


Aku tak lama di sini, sekadar buang masa saja membelek2 barang. Tapi tak satu pun aku beli, sebab, harganya dah mahal. Lebih baik aku dapatkan barangan tersebut di Malaysia saja. Aku mmg alah kepada keadaan sesak dengan orang ramai dan cepat pening. Kerana keadaan yang diluar kawalan itu. Aku ambil keputusan untuk terus balik ke hotel saja... Maka aku terus ambil tren di stesen Kowloon dan terus balik ke hotel, rehat.

Aku sedang menunggu masa utk bersiap ke Sydney. Baru semalam sampai dari Hong Kong, hari ni dah fly lagi. Insyaallah nanti aku akan ceritakan pasal Sydney pula.... jumpa lagi... Salam. Terima Kasih.

Thursday, April 21, 2011

Hari Ke6 di Zurich - Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (Akhir)

Assalamualaikum sahabat yang sudi membaca...
Sampailah ke kemuncak cerita yang membosankan ini. Episod akhir.

Setibanya di rumah, kami berehat dan makan malam. Aku masuk tidur awal, belum tahu plan esok dan tak tahu pun Chris kerja atau tidak. Semasa aku tidur2 ayam, terdengar telefon berbunyi. Mulanya tak pasti apa yang dibualkan, yang aku dengar dan faham sikit2 bahasa Swiss tu, ada lah bunyi pasal kerja. Tak kisahlah, ngantuk punya pasal.
Pukul 5 pagi aku terjaga, mandi2 dan ke dapur nak buat toast. Terlihat ada nota atas meja. Rupanya, awal pagi Chris dah pergi kerja.
Dalam nota tu tertulis, "Rizan, maaf hari ni saya bekerja. Semalam saya tak sempat nak beritahu hari ni awak akan ke Tirano Itali, sempadan Swiss. Maaf saya tak dapat temankan awak kerana panggilan kerja malam tadi. Dalam uncang tu ada sedikit wang Lira (dulu Itali pakai Lira) utk awak gunakan di Tirano. Tolong belikan Amerillo (kalau saya tak silap lah..lupa pulak), di kedai (lupa namanya) sebelah stesen. Selebihnya awak boleh gunakan untuk makan dan bersiar2. Juga, ada satu pas perjalanan ke sana untuk semua destinasi. Jadi awak tidak perlu membeli tiket untuk ke sana."
Alhamdulillah, mulanya aku ingat akan bersiar2 sekita bandar Zurich saja, sebab duit pun dah tak cukup untuk pusing Swiss, rupanya hari tu, langkah aku lagi panjang. Dari Zurich ke Tirano mengambil masa selama 8jam. Aku dah pandai baca timetable, so, Chris tak perlu lagi nak buat plan utk aku. Aku bertolah dalam pukul 6:17pagi dari Zurich. Sepanjang jalan aku menikmati permandangan pokok pine dan kampung2 org Swiss, teringat pulak cerita Hansel n Gratel, di zaman kecik2 dulu. Tengok tukang2 kayu mengukir kayu. Memang sukar utk didapati mana. Indah sungguh pemandangan itu.
Tasik yang membiru berlatarbelakangkan gunung ganang yang diselaputi salji. Fuh! Sungguh indah ciptaan Ilahi...
Pemandangan tasik ni di Chur...


Bertukar tren di Chur menaiki Bernina Glacier Ekspress.


Perjalanan kali ini lebih menarik kerana melalui tanah rata kemudian mendaki gunung, tanah rata semula, gunung dengan glaciernya dan tanah rata hingga ke Itali.


P/s: Chris pesan kepada saya supaya duduk di koc yang palin belakang atau paling depan, supaya dapat lihat kepala atau ekor keretapi seperti ini bila melalui lereng2 gunung. Seperti ular yang nak masuk sarang.... Memang cantik kan? Gambar ni di Filisur.


Saya turun sebentar (break journey), utk melihat pemandangan yang cantik itu dan utk makan tengahari.
Gambar ni pulak di sebuah tempat yang bernama Samedan di tanah rata...


Ini pulak ketika saya berhenti sementara di St Moritz.. cantikkan. Di St Moritz ini, ramai celebrity antarabangsa membeli rumah untuk mereka bercuti, antara yang diberitahu kepada saya, ialah MJ dan Tina Turner. Mungkin ramai lagi artis antarabangsa lain yang tidak disebut namanya. St Moritz juga adalah tempat terkenal untuk Winter Sports dunia.



Hampir sama pemandangannya dengan Samedan tadi, tempat ini bernama Pontresina...

Selepas Pontresina, aku meneruskkan perjalanan lagi dan berhenti lagi sekali untuk menikmati permandangan dan cuba mendaki gunung di Bernina Diavolezza. Agak lama kat sana. Tapi aku tak pasti ke mana gambarnya...huhu. Setelah berehat agak lama di Bernina, aku teruskan perjalanan hingga ke Tirano. Agak mudah sahaja untuk memasuki sempadan Itali, selepas Poschiavo, cuma perlu tunjukkan passport antarabangsa sahaja. Kemudian, sampailah aku ke Tirano. Pemandangan yang hampir sama dengan Swiss, cuma bahasanya sahaja yang berbeza. Di Tirano, aku pun mencari minuman yang Chris pesan dan bersiar2 sekitarnya. Selepas itu aku terus pulang ke Zurich, tanpa berhenti di mana mana lagi. Dah terlampau penat dan filem pun dah habis...
Sekian sahaja cerita yang tak seberapa ini. Terima kasih kepada kawan2 yang membacanya. Harap maaf jika ada yang tersalah informasinya, almaklum dah hampir 15tahun, dan tak dicatatkan secara tepat perjalanannya.
Di bawah ini, ada map Swiss kalau berminat utk tengok. Yang dibulatkan adalah tempat persinggahan saya pada waktu itu. Kali kedua saya ke Swiss, barulah saya cover semua tempat seluruh Swiss, termasuk Geneva, Burn, Basel, Lugano, dan lain2...tapi tidak akan diceritakan...


Gambar hiasan sebelum mengundur diri. Trip kedua ke Swiss sekitar 2002...




Salam, semoga ketemu lagi...insyaallah.
Sekian Terima Kasih.

Nota kaki: Nak tahu tak apa keistimewaan Gunung Matterhorn?
(Tidak diberitahu di mana2 buku atau internet (kalau ada nasib baik lah..hehe)
Keunikan yang ada pada Matterhorn ialah, warnanya akan bertukar setiap kali bertukar musim dan keadaan cuaca, kerana biasan cahaya. Seperti juga dengan ULURU di Australia....

Wednesday, April 20, 2011

Hari Ke5 di Zurich - Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (7)

Salam kawan...
Aku nak habiskan cerita ni dah... rasa malas pulak nak tulis dah. Tapi arwah mak pernah pesan, kalau dah mulakan, kena habiskan, jangan buat kerja separuh jalan. Baiklah mak....

Setelah berbual panjang dengan Chris malam tu, dia cakap esoknya dia cuti, so dia boleh temankan aku jalan area dekat2 situ. Aku mengiyakan aje, sebab dah penat.
Keesokkan hari ni, kami keluar menaiki tren ke (lupa lak nama stesen tu)...haaaaa Rhine Fall.


Tempat ni memang menarik. Deruan air terjun tu amat menenangkan jiwa. Rasanya kalau lepak lagi lama kat situ memang best. Lepak dan relax makan fries, tengok gelagat orang kat situ. Kemudian boring, aku menaiki bot, pergi ke tengah2 air terjun tersebut. Agak pening juga, sebab airnya sangat deras. Manalah tau kot2 terhanyut pulak nanti... hehe.


kat tengah2 menara air terjun tu. tengok sajalah tempiasnya.

Makan sudah, jalan2 pun sudah, on the way balik, Chris tanya, nak pergi kilang jam tak? Aku ngangguk aje. Dia bawak aku ke Schaffhausen. Memang tempat tu bnyk kilang2 jam branded.... Rolex, Omega, Certina dan mcm2 lagi ada... aku masa tu 'bodoh' sikit bab jam ni. heheh
Kan ke Switzerland memang terkenal sebuah negara pengeluar jam2 mewah ni??...


Memang menarik sangat pengalaman berada dalam kedai dan kilang jam tersebut. Perjalanan balik ke Zurich, Chris cadangkan kami menyusuri Sungai Rhine. Aku ikut saja, sbb bukan aku tahu pun. Tapi, pemandangan sepanjang perjalanan amatlah menarik. Sayangnya aku tak ambil bnyk gambar, mungkin kerana terleka dek pemandangan indah, sampai terlupa nak snap. Mungkin juga kerana filem dah semakin kurang.... huhu


Bnyk juga tempat yang kami singgah sebelum sampai Zurich, seperti yang tertera dalam tiket tersebut. Setiap tempat yang aku singgah ada bnyk kelainan dan keistimewaannya yang tersendiri. Kami sampai ke Zurich, selepas Maghrib. Kemuadian Keluar makan, fastfood la... mana nak jumpa mamak kat sana...hehe

Tinggal lagi satu je episod yang membosankan ini.... please bear with me... hehe

P/S: Jangan terpedaya dengan tarikh di gambar tu..... harus diingat bahawa GMT Swiss ialah +2, so 6jam lewat dari Malaysia....

Sunday, April 17, 2011

Hari Ke4 di Zurich - Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (6)

Assalamualaikum sahabat. Bertemu lagi dalam episod ke6. Tertinggal pulak 2hari sbb balik kg... Tanak buang masa lagi nak terus citer je... ceciter ceciter.. hehe

Sekembalinya dari Uetliberg, kami ronda ronda disekitar bandar Zurich, lepak2 minum kopi, sampailah maghrib. Tak bnyk aktiviti hari tu. Mungkin Chris kepenatan nak rehat selepas bnyk hari kerja. Malam tu, Chris buat perancangan utk aku ke Matterhorn. Aku berdoa je supaya hasrat aku tak tertunda lagi. Sambil2 dia buat planner tu, tah bila aku tak sedar, aku terlena. Cuma seingat aku, chris cakap, perjalanan esok bermula pukul 5:30 pagi dan aku kena pergi sorang.....pastu Zzzzz..
Pagi alarm bunyi jam 5pagi. Chris tengah siap2 nak keluar. So, aku pun bersiap dan keluar sama2 ke stesen keretapi. Bawa bekal buku dan plan yang Chris dah sediakan.Inilah hari yang paling mencabar bagi aku kerana akan berada agak lama dalam tren, dan perlu bertukar tren sebanyak 2kali. Perjalanan mengambil masa selama 6jam.
Sampai di stesen, Chris ke platform tempat kerjanya, aku meneruskan perjalanan aku ke platform yang lagi satu...
Perjalanan bermula jam 6:19pg, dari Zurich aku melalui bntk stesen, tren berhenti tidak lama di satu2 stesen, hanya lebih kurang 1-2minit sahaja. Tetapi stesen2 besar, agak lama, seperti Landquart dan Chur (boleh rujuk petanya di episod akhir, suspen sikit...)
p/s: sebenarnya aku agak lupa sikit perjalanan ni, sbb aku bnyk tertidur...hehe)...
Di Chur, aku bertukar tren dan perlu ke platform lain. Maka untuk kepastian aku terpaksa menebalkan muka bertanya dengan Polis Pelancung yang ada di setiap stesen. Bila dah pasti, baru aku pergi. Yang menariknya, setiap transit, trennya sambungan sudah pun ada diplatform, dan tak perlu lagi untuk menunggu. Dari Chur (jangan tanya pukul berapa.... aku dah lupa), trennya agak besar dan lebar sedikit, kerana express tanpa henti ke Brig. Perjalanan agak jauh juga. Aku menikmati pemandangan yang sangat indah. Nak ambil gambar, sudah pasti tak akan jadi, kerana kelajuan tren tersebut. So, cuma tengok ajerlah. Tapi bila tren memperlahankan kelajuan kerana mendaki gunung, cepat2 aku snap... hehe. Tak lepaskan peluang..
dapatlah gambar ni....hehe

Akhirnya perjalanan yang mengambil masa berjam jam tu, sampai juga aku ke Brig, dah hampir tengahari masa tu. Cepat2 aku ke platform yang berikutnya, untuk bertukar tren ke Zermat. Perjalanan ke Zermatt, agak berbeza dengan yang sebelumnya, tren bertambah kecil kerana kali ini tren akan mendaki gunung yang lebih tinggi.


Perjalanan memang menarik bila melalui lereng2 gunung yang curam dan kadangkala ternampak semula trek yang dilewati sebelumnya.
Hati semakin berdebar2 menantikan peluang untuk melihat Matterhorn. Akuhirnya dalam pukul 1:30tgh, aku sampai juga ke Zermatt.


Alangkah happynya ketika itu, bila impian hampir menjadi kenyataan. Dah tak sabar lagi nak tengok Matterhorn. Tapi kita cuma merancang, tapi Allah yang menentukan, cuaca ketika itu berkabus, dan kelibat Matterhorn tidak kelihatan. Aku ke cafe untuk makan tengahari. Makan spaghetti dan beli roti kosong untuk mengalas perut. Tunggu punya tunggu akhirnya Matterhorn muncul juga dibalik kabus yang tebal itu...


Berbekalkan roti ditangan.... hehe. Walaupun Matterhorn muncul tapi tidak berapa clear...


Sayang kan? Tapi tak mengapalah janji aku dapat juga sampai ke sana. Kalau nak tengok gambar clear, ni ha...





Bila tengok gambar ni...rasa sedih pulak... huhu... Bila lah nak sampai semula kesini.
Aku meluangkan banyak masa kat sini, dengan harapan agar aku dapat melihat Matterhorn dengan clearnya. aku tunggu sehingga pukul 5petang sahaja, kemudian aku meneruskan perjalanan balik ke zurich. Sepanjang perjalanan aku tetap bersyukur, aku sampai juga ke situ. Impian aku sejak kecil akhirnya tercapai juga. Alhamdulillah.

Sampai Zurich lebih kurang pukul 11malam. Ketika itu Chris sedang berehat sambil menonton TV. Aku bercerita pengalaman aku kepada Chris dan Chris bertanya, kenapa aku tak menginap, bermalam sahaja di Zermatt menantikan cuaca kembali baik. Aku memberi alasan hotel penuh.... Chris senyum saja. Dia lebih arif dengan tempatnya. Beratus2 hotel ada di Zermatt, mana mungkin tiada bilik. Tetapi yang pasti poket tak berapa bnyk isi....hehe.. Aku berehat dan sambung perbualan dengannya....

Semoga kita berjumpa lagi nanti.... insyaallah..

Friday, April 15, 2011

Hari Ketiga di Zurich - Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (5)

Assalamualaikum sahabat..... hahaha bertemu lagi... Episod 4 baru je keluar, sekarang dah episod 5. Bukan apa, Ahad dah nak ke Paris, so, kenalah habiskan episod2 ni sebelum pergi....hehe

Hari ke3 di Zurich, bangun pagi seperti biasa. Hari ni Chris cuti. So, pagi tu kami keluar sekali untuk dia tunjukkan tempat kerjanya. Chris bekerja sebagai pemandu keretapi dari Zurich ke Uetliberg. Inilah keretapi untuk ke Uetliberg.

Sedikit penerangan pasal Uetliberg..

The Üetliberg (also spelled Uetliberg) is a mountain in the Swiss plateau, part of the Albis chain, rising to 873 m (2864 ft). The Uetliberg offers a panoramic view of the entire city of Zurich and the Lake of Zurich. There is also a hotel in the name of "Uto Kulm" on this small mountain. The two towers on the mountain are a look-out tower (rebuilt 1990) and the Uetliberg TV-tower (132 m, rebuilt 1968). The summit is easily accessible by train from Zurich.

Haa.. itulah kesahnya..
Kami bertolak pagi dalam pukul 8 cenggitu, sampai dalam pukul 9pagi. Masa dalam tren tu, ada ramai juga orang yg hop in hop out, terutama mereka yang bekerja dan ada juga suri suri rumah yang baru balik dari pasar. Al maklum, kat gunung tu takde pasar. Semuanya kena turun ke Zurich. Pemandangan Ya Ampun, tak berkelip mata aku memandang. Hijau dan tenang. Dengan rumah rumah kayu dan bunga bungaan yang berwarna warni...
Dalam perjalanan ada juga bersembang dengan Chris, dan dia tak habis2 menerangkan pada aku apa yang aku nampak kat luar. Jenis pokok lah, bunga lah, style rumah la.... mcm2 lagi. Pendek kata, dia memang tak berenti bercakap.
Haa.... sampai dah ke Uetliberg.

Chris bawak aku ronda kat Ofis dia, kenalkan ngan kengkawan dia kat situ, dan bawak jalan2 area tu. Kat sini ada juga hotel dan kawasan untuk berkhemah. Ada satu tower tang teramat tinggi. Kalau ada kamera SLR masa tu mesti best boleh tangkap gambar seluruh bandar Zurich. Malah dari situ boleh nampak negara2 Eropah yang lain yg mengelilingi Swiss.... Lupalah negara mana, kena tengok peta dunia lah.... hehe. Masa tu aku masih muda, energy kuat lagi, so, aku pun panjatlah menara tu dan amik gambar ni..


Tersandar kat situ, pasal gayat.....Ya Ampun, tinggi bebenor...

Aku lunch kat situ. Lama gak duduk sana, sbb walaupun Chris cuti hari tu, tak hapa ntah dia buat kat ofis dia, so, aku merayap sorang2 sekitar Uetliberg tu. Tak bnyk aku ambik gambar kat sini.

Petang baru kami turun dari Uetliberg ke Zurich, menaiki tren juga, walaupun boleh juga menaiki kereta kabel turun ke Zurich.... Aku lupa dah kenapa aku tak naik kereta kabel je hari tu...

Kita jumpa lagi nanti....

Salam...

Hari Kedua di Zurich - Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (4)

Assalamualaikum kembali sahabat... kita ketemu lagi.... Rasa macam aku nak habiskan cerita ni cepat2 je, tapi masa tak mengizinkan. Kena tulis sikit2.

Kriiiiiiiiiiiiinnnnngggg!!! Jam loceng berbunyi di hujung katil aku. Pagi hari kedua di Zurich. Pukul 5pagi rupanya. Aku pun terlupa nak kunci jam malam tu. Rupanya mat saleh tu punya kerja, dah kuncikan jam kejutkan aku subuh. Subuh masuk pukul 6pagi. Chris mmg cukup faham dengan adat dan agama kita.
Aku bangun dan mandi. Tengok kat bilik dia, dia dah tak ada. Atas meja ada satu nota tertulis, "Rizan, hari ini awak tidak boleh ke Zermatt (Matterhorn) kerana angin dan kabus tebal, dan saya tidak dapat temani awak hari ini. Semua plan dan jadual tren telah saya sediakan. Awak cuma perlu ikut sahaja timing dan platform yang tertulis. Jadual tren pun ada di situ, kalau awak terlepas tren, awak boleh rujuk dalam buku tersebut. Awak perlu keluar awal pagi sebelum pukul 6:30, kerana pukul 7pagi stesen akan sibuk. Kunci rumah juga ada, dan itu adalah kunci awak, jangan hilangkannya" (lebih kurang begitulah nota panjang lebarnya, setelah aku translate ke BM.... hehe.
Semua panduan dia tulis kat dalam nota tu. Serba serbi, siap kaunter nombor berapa pun ada.
Destinasi aku hari tu adalah Rigi Kalbatt (gunung). Mulanya aku pun tak tahu natang apa sebenarnya. Sebab yang aku tahu cuma Matterhorn je. So, aku ikut jelah apa yang tertulis kat dalam nota tu. Aku keluar rumah selepas subuh, lebih kurang jam 6:30pagi. Dah cerah sikit2 masa tu. Nota yang dia tulis bermula dengan kunci pintu rumah (lurus betul si Chris ni, itu pun nak ditulisnya. Sayangnya aku tak simpan nota yang dia tuis tu). Kemudian aku ambil tram no 13 seperti yang tertulis dalam nota tu utk ke stesen keretapi. Aku diminta untuk membeli tiket diskaun dahulu yang berharga SFR96(RM220), supaya setiap tiket aku yang berikutnya selama 10hari itu akan mendapat diskaun 50%. Kemudian barulah aku beli tiket ke Rigi dengan diskaun 50%. Inilah tiketnya.

Maknanya perjalanan dari Zurich ke Rigi ke Luzern dan balik ke Zurich, one round trip. So, aku pun mulakan perjalanan aku berseorangan berpandukan nota yang diberikan. Aku bersyukur kerana sistem pengangkutannya memang first class, efisyen... on time. (tapi time dia mmg pelik, ada pukul 7:26am, 8:39am..... dsbgnya...dia tak genapkan..hehe). Tapi mmg on time, departure dan arrival. Jadi, mmg mudahlah mengikuti nota yang Chris tulis tu.
Perjalanan mengambil masa 3 jam, bertukar tukar tren... aku pun dah lupa nama2 stesen tersebut. Sampai Rigi dalam pukul 10pagi kot (dah lupa lah, yang aku ingat, aku bfast kat sana).
Sedikit tentang Rigi,

"A breathtaking panoramic view across the Alps, of 13 lakes and over the entire Swiss Mittelland through to Germany and France can be enjoyed from the summit of the Rigi"


Budak pompuan tu, aku jumpa kat sana, rupanya ada juga saudara serumpun kita kat sana..hehe.. keluarga tu suka sangat jumpa saudarnya kat sana...hehe..

Inilah Rigi, tidaklah tinggi sangat cuma 1800m atas paras laut. Tapi perjalanannya sangat menarik dengan pemandangan pokok pokok pine dan rumah2 kayu orang Swiss.

Kalau musim sejuk, disini adalah salah satu tempat untuk sukan musim sejuk (winter sports). Ada 3 cara untuk sampai ke sini, samada dengan tren, bas atau kereta kabel. Aku menghabiskan masa selama lebih kurang 2 jam disini. Menikmati udara dan pemandangan tanah tinggi. Udara sangat segar dan sungguh menarik. Terasa macam nak tinggal kat situ terus. Sejuk yang tak berapa sejuk, panas yang tak berapa panas.
Sempat lagi post maut dengan bantuan orang mengambil gambar.


Lihat sahaja lah pemandangannya. Dereten gunung2 di Switzerland... yang aku ingat, kalau tak silap Pilatus, Santis dan Titlis... (tak berapa pasti..)


Ciptaan Yang Maha Esa...


Anak kampung yang dah terlupa diri sekejap..... hehe


Aku tak bermaksud nak buat cross....tidak disengajakan....harap maaf...


Ini memang aku saja buat sebab teringin pulak nak buat macam iklan Salem High Country.... hehe


Tibalah masanya untuk aku mengucapkan selamat tinggal kepada Rigi, dan aku menaiki tren ini untuk ke Vitznau untuk menaiki feri ke Luzern.

Dan menaiki feri ini...

Sampailah ke Luzern...

Sedikit tentang Luzern/Lucerne

Lucerne, the gateway to central Switzerland, sited on Lake Lucerne, is embedded within an impressive mountainous panorama. Thanks to its attractions, its souvenir and watch shops, the beautiful lakeside setting and the nearby excursion mountains of the Rigi, Pilatus and Stanserhorn, the town is a destination for many travel groups and individuals on their journey through central Switzerland.

Keterangan lanjut boleh didapati dari internet.... Switzerlandtourism.com.

Gambar ikhsan dari Internet. Tak tahulah ke mana gambar aku kat titi ini...

Aku mengambil masa yang agak lama juga disitu, sampai maghrib. Kemudian aku ambil tren dari Luzern ke Zurich... Sampai Zurich dalam pukul 10:30pm. Setiba dirumah dalam pukul 11:15pm lebih kurang, Chris sudah dibiliknya, tidur. Mungkin kepenatan seharian bekerja. Diatas meja ada nota tertulis, "masih tak boleh ke Zermatt. Esok saya akan bawa awak ke Uetliberg". Chris adalah seorang driver tren dari Zurich, ke Uetliberg.....

Tunggu episod akan datang, perjalanan hari ke3 saya ke Uetliberg dengan Chris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...