Sunday, April 17, 2011

Hari Ke4 di Zurich - Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (6)

Assalamualaikum sahabat. Bertemu lagi dalam episod ke6. Tertinggal pulak 2hari sbb balik kg... Tanak buang masa lagi nak terus citer je... ceciter ceciter.. hehe

Sekembalinya dari Uetliberg, kami ronda ronda disekitar bandar Zurich, lepak2 minum kopi, sampailah maghrib. Tak bnyk aktiviti hari tu. Mungkin Chris kepenatan nak rehat selepas bnyk hari kerja. Malam tu, Chris buat perancangan utk aku ke Matterhorn. Aku berdoa je supaya hasrat aku tak tertunda lagi. Sambil2 dia buat planner tu, tah bila aku tak sedar, aku terlena. Cuma seingat aku, chris cakap, perjalanan esok bermula pukul 5:30 pagi dan aku kena pergi sorang.....pastu Zzzzz..
Pagi alarm bunyi jam 5pagi. Chris tengah siap2 nak keluar. So, aku pun bersiap dan keluar sama2 ke stesen keretapi. Bawa bekal buku dan plan yang Chris dah sediakan.Inilah hari yang paling mencabar bagi aku kerana akan berada agak lama dalam tren, dan perlu bertukar tren sebanyak 2kali. Perjalanan mengambil masa selama 6jam.
Sampai di stesen, Chris ke platform tempat kerjanya, aku meneruskan perjalanan aku ke platform yang lagi satu...
Perjalanan bermula jam 6:19pg, dari Zurich aku melalui bntk stesen, tren berhenti tidak lama di satu2 stesen, hanya lebih kurang 1-2minit sahaja. Tetapi stesen2 besar, agak lama, seperti Landquart dan Chur (boleh rujuk petanya di episod akhir, suspen sikit...)
p/s: sebenarnya aku agak lupa sikit perjalanan ni, sbb aku bnyk tertidur...hehe)...
Di Chur, aku bertukar tren dan perlu ke platform lain. Maka untuk kepastian aku terpaksa menebalkan muka bertanya dengan Polis Pelancung yang ada di setiap stesen. Bila dah pasti, baru aku pergi. Yang menariknya, setiap transit, trennya sambungan sudah pun ada diplatform, dan tak perlu lagi untuk menunggu. Dari Chur (jangan tanya pukul berapa.... aku dah lupa), trennya agak besar dan lebar sedikit, kerana express tanpa henti ke Brig. Perjalanan agak jauh juga. Aku menikmati pemandangan yang sangat indah. Nak ambil gambar, sudah pasti tak akan jadi, kerana kelajuan tren tersebut. So, cuma tengok ajerlah. Tapi bila tren memperlahankan kelajuan kerana mendaki gunung, cepat2 aku snap... hehe. Tak lepaskan peluang..
dapatlah gambar ni....hehe

Akhirnya perjalanan yang mengambil masa berjam jam tu, sampai juga aku ke Brig, dah hampir tengahari masa tu. Cepat2 aku ke platform yang berikutnya, untuk bertukar tren ke Zermat. Perjalanan ke Zermatt, agak berbeza dengan yang sebelumnya, tren bertambah kecil kerana kali ini tren akan mendaki gunung yang lebih tinggi.


Perjalanan memang menarik bila melalui lereng2 gunung yang curam dan kadangkala ternampak semula trek yang dilewati sebelumnya.
Hati semakin berdebar2 menantikan peluang untuk melihat Matterhorn. Akuhirnya dalam pukul 1:30tgh, aku sampai juga ke Zermatt.


Alangkah happynya ketika itu, bila impian hampir menjadi kenyataan. Dah tak sabar lagi nak tengok Matterhorn. Tapi kita cuma merancang, tapi Allah yang menentukan, cuaca ketika itu berkabus, dan kelibat Matterhorn tidak kelihatan. Aku ke cafe untuk makan tengahari. Makan spaghetti dan beli roti kosong untuk mengalas perut. Tunggu punya tunggu akhirnya Matterhorn muncul juga dibalik kabus yang tebal itu...


Berbekalkan roti ditangan.... hehe. Walaupun Matterhorn muncul tapi tidak berapa clear...


Sayang kan? Tapi tak mengapalah janji aku dapat juga sampai ke sana. Kalau nak tengok gambar clear, ni ha...





Bila tengok gambar ni...rasa sedih pulak... huhu... Bila lah nak sampai semula kesini.
Aku meluangkan banyak masa kat sini, dengan harapan agar aku dapat melihat Matterhorn dengan clearnya. aku tunggu sehingga pukul 5petang sahaja, kemudian aku meneruskan perjalanan balik ke zurich. Sepanjang perjalanan aku tetap bersyukur, aku sampai juga ke situ. Impian aku sejak kecil akhirnya tercapai juga. Alhamdulillah.

Sampai Zurich lebih kurang pukul 11malam. Ketika itu Chris sedang berehat sambil menonton TV. Aku bercerita pengalaman aku kepada Chris dan Chris bertanya, kenapa aku tak menginap, bermalam sahaja di Zermatt menantikan cuaca kembali baik. Aku memberi alasan hotel penuh.... Chris senyum saja. Dia lebih arif dengan tempatnya. Beratus2 hotel ada di Zermatt, mana mungkin tiada bilik. Tetapi yang pasti poket tak berapa bnyk isi....hehe.. Aku berehat dan sambung perbualan dengannya....

Semoga kita berjumpa lagi nanti.... insyaallah..

4 comments:

Anonymous said...

salam rizardy..ada mail add x..ada bnda nk tnye..thnx..

Riz Ardy said...

salam.... email ada saya riz.ardy@gmail.com
TQ

aNIe said...

Riz... cantiknya pemandangan dilereng bukit tu...

Bertuah Riz berkesempatan melihat alam ciptaan ALLAH yang cantik sebegitu...

Riz Ardy said...

Terima kasih kak Anie...alhamdulillah dapat menikmati pemandangan yang cantik macam tu. doa dan impian saya sejak kecil dah tercapai juga akhirnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...