Sunday, July 31, 2011

Buenos Aires, Argentina.

Assalamualaikum kawan... Masih ingat saya lagi? Dah lama benar saya tak berblog. Rasa macam dah bersawang dah blog ni. Jenuh nak bersihkan ni. Hehe. Pelan pelan kayuh ok kot ye...
Oklah... ke mana kita hari ni? Saya akan bawak kawan2 semua ke Buenos Aires, Argentina. Sebelum tu saya sudah berada selama 3 malam di Cape Town,. Afrika Selatan. Tapi saya tak nak cerita pasal Cape Town, sbb tak bnyk aktiviti yang saya buat kat situ. Nak cerita pasal Buenos Aires je...
Kami berlepas dari Cape Town hari Rabu 27/7, jam 08:55pagi waktu Cape Town (Msia 02:55ptg). Penerbangan ke BA (Buenos Aires) mengambil masa selama 9jam35minit. Tiba di BA pada pukul 13:30ptg waktu BA (Waktu Msia 12:30 malam, CPT 6:30ptg).
Setiba di lapangan terbang BA, semua beg kami di scan oleh kastam, maka semua barang2 makanan pun dirampas. memang tidak ada apa pun boleh dibawa masuk ke BA. Memang undang2nya begitu. Tapi kami mencuba nasib, kalau ada rezeki lepas, kalau tak,takdelah.... hehe. Keluar dari airport, bas sudah menunggu untuk dibawa ke hotel. Setiba di hotel, kapten memberitahu kami bahawa, ada gunung berapi yang sedang aktif dan akan meletus dalam masa terdekat. Jadi kami dinasihatkan tidak ke mana2 pada hari Ahad, iaitu hari yg dijadualkan kami balik ke Cape Town. Kemungkinan kalau ada tanda2 letusan, kami akan chow awal... hehe.
Hari pertama sampai, takde apa yang saya buat, cuma relax2 untuk mengejas masa. Kerana masa tu, Msia dah pagi buta. Orang Msia semua tengah nyenyak tidur. Sedang di BA, masih terang benderang. Mata mmg mengantuk tahap cipan dah. Tapi kena tahan juga, sekurang2nya lewat sikit, untuk disamakan dengan timing BA. Pukul 7ptg (Msia 6pagi) sesudah solat MAghrib dan Isyak, jamak, saya terlelap. Sekurang2nya hampir malam juga tu. Pukul 4pagi (Msia 3ptg), saya terjaga, alhamdulillah, boleh juga ikut timing BA. Saya relax2 je sambil berFB. Jam 8pagi, kawan call ajak ke La Boca, dimana tersergamnya stadium Boca Juniors, tempat lahirnya bintang2 bola sepak Argentina, seperti Maradona, Batistuta, Lionel Richie..... Eh! Lionel Messi...dan lain2 lah... korang mesti lagi terror.... hehe
Pukul 9pagi kami bertolak menaiki bas bernombor 152 ke La Boca. Perjalanan tak jauh, cuma 30minit je. Tambang dia teramat murah RM1.20. Sampai sana agak awal, manalah kami tahu pukul berapa mereka mula operasi. Rupanya pukul 11pagi. Kami bersiar2 berjalan sekitar kawasan tu. Dan inilah gambar2, La Boca....






Ini adalah Polis Pelancong. Mereka happy je bila di ajak bergambar. Polis perempuan tu tak cukup tidur agaknya kot... hehe

Yang ni adalah gambar lukisan grafiti oleh remaja di sana. Mereka dibayar untuk melukis didinding. Dan lukisan mereka cantik cantik, bukan macam yang kat..... korang faham2 jelah.... hehe..

Inilah dia pintu utama stadium Boca Jr tu... Hari ni kalau tak salah saya, ada perlawanan persahabatan atau latihan mereka. Sebab bnyk benar polis berjaga kat kawasan ni...


Ini adalah tapak kaki Batistuta....

Ini pula tapak kaki Maradona....

Bergambar dengan patung Maradona dalam museum Boca Jr.. Ada sessi melawat ke dalam stadium, boleh tengok mereka berlatih. Tapi kena ikut timing mereka, timing kami tak kena masa tu...

Inilah topi penari tango. Eksen je tu. Hari ni saya pakai seluar kargo. Kalau saya pakai slack, boleh menari bersama mereka...


Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu apa nama tarian ni. Dia ada hentak2 kan kakinya. Sangat lincah. Kawan saya ada sebut, tapi mereka pun tak berapa sure. Tarian ini ada dalam movie 'The Mask of Zorro'. Kalau kawan2 tahu, bagitaulah saya ek...




Ini baru selesai lunch. Sebenarnya penari tadi menghiburkan kami semasa kami makan. Setiap restoran ada persembahan tango atau tarian2 tradisi lain. Inilah tarikan La Boca, semua restorannya ada persembahan tarian tango dan lain2. Kami diberi peluang untuk tunjuk bakat menari tango, atau hendak bergambar dengan penari penarinya.... tapi kena bayar tips lah.... bukannya free beb.... hehe


Haaaaaa..... yang ini baru tango. Sebenarnya semasa kami tiba direstoran ni, pasangan ni sedang menari tango. Dan pakaiannya tidak macam ni. Tapi dah banyak round dah mereka menari, letih agaknya, mereka tukarlah yang cincai macam ni je. Tapi tiada cacat cela pun dalam tarian mereka tu. Kami pun ada juga beramah mesra dengan mereka sambil makan2 tu. Rupanya tarian tango ni diperkenalkan oleh navy. Mereka bosan, maka mereka bunyikan muzik, dan ada yang menari2. Minat mereka menari dibawa turun dari dalam kapal, ke darat, tempat perhentian mereka. Kalau nak diikutkan cuma lelaki saja yang tango, tapi mereka ubah suai ditambahkan pasangan. Jadilah tango sekarang...


opsss..... sebelum saya menutup cerita hari pertama di BA ini, lihatlah Maradona..... ada siapa yang hiraukan dia sekarang.....??

Oklah, nanti kita jumpa di hari kedua saya di BA.... Jumpa lagi...
Terima kasih kerana sudi singgah di sini..... :) Cheersss....

1 comment:

Irfa said...

maradona ada situ ker?
dia buat apa?ada kedai ker?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...