Sunday, August 15, 2010

Sahur pukul 12tghari

Bila bulan2 puasa ni banyak cerita nostalgia keluar. Banyak juga kawan2 tulis cerita2 menarik mereka. Ada yang lucu ada yang sedih. Aku pun ada cerita menarik nak dikongsikan. Masa tu aku baru sampai Vienna, Austria, dari Subang (masa tu KLIA belum wujud lagi). Sampai bilik hotel lebih kurang pukul 10pagi(waktu Malaysia pukul 4ptg). So, aku pun tutup curtain serapatnya, sampai sikit cahaya pun tak berjaya menyelinap masuk. Semua jenis lampu dalam bilik tu pun aku padamkan. Sampaikan lampu jam alarm digital tu pun aku padam. Sebab, memang aku dah ready nak menyelam dalam comforter, dek kerana penat dan musim winter masa tu. Mesti best menyelam tanpa gangguan. Lupa lak nak habaq, masa tu bulan puasa lah. Apa lagi aku pun terus zzzzzzzzz. Dengan tenang. Kata omputih, Rest In Peace... (betul ke?). Lebih kurang gitulah. Tidur punya tidur punya tidur... aku tak sedar pukul berapa aku bangun. Al maklum, jam aku dah off kan. Basuh muka dan gosok gigi. Terus menuju ke beg, keluarkan makanan, start dengan yang ringan dulu. Kemudian aku panaskan lauk aku dan masak nasi.... Memang best sangat sebab perut pun dah lapar. Berselera sungguh, walaupun makan sensorang. Cuaca lak dalam bilik pun agak sejuk.... Sedang aku bancuh milo, aku teringat nak tengok salji kat luar. Kot kot dah tebal pun. Aku pun bukalah curtain dengan luas. Alamak!Berpinau mata aku. Rupanya matahari dah tinggi....Aku tertanya2 pukul berapa ni? Hari apa ni? Lalu aku pun telefon reception tanya hari apa dan berapa hari bulan dan pukul berapa.... Rupanya aku bangun hari keesokkkannya. Dah lah tu, tengahari lak tu. Mak datuk, seharian aku tidur rupanya. Memang betul lah Rest In Peace, cuma bezanya aku leh bangun je... Apa lah punya teruk. Rupanya yang aku makan tadi adalah berbuka puasa semalam punya dan sahur untuk hari tu. Kira pakej lah 2 dalam 1. Solat ke mana, apa ke mana. Tidur seharian. Semoga Allah ampun kan aku.

Apa apa pun, aku dah qadha puasa hari tu. Sah tak di terima. Moral of the story, jangan sekali2 matikan jam dan matikan telefon., Sebab kalau kita mati pun orang tak tahu... haha

1 comment:

kak Erna said...

Ya allah..tidur apa tu..mesti penat sangat kan..nasib baik..boleh bangun ..walau pun keesokan harinya..riz..teruskan menulis ye..pengalaman2 semasa di negara orang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...