Sunday, January 2, 2011

Salam Tahun Baru 2011

Assalamualaikum blogger.
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua. Semoga tahun ini memberikan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup anda semua.
1-1-11.... tarikh keramat tu.. Ramai yang memilih tarikh ini untuk mendirikan rumahtangga. Sepatutnya, posting ini untuk 1-1-11, tapi dek kerana terlalu letih semalam aku tertidur. Aku tulis jelah pagi ni.
Tengahari semalam aku, isteri dan dua anak, Khairy dan Kimi, ke majlis perkahwinan adik angkat aku di Rasah Kemayan, Seremban 2. Setiba di rumah bapa angkat aku dalam pukul 1:30tgh. Mulanya terpinga juga, sbb mengikut signboard di tepi jalan, ditunjukkan arah yang berbeza dari rumah bapa angkat aku tu. Aku just follow directions yg diberi, mungkin dibuat di tempat lain. Sampai di tempat kenduri, memang rumah lain. Aku bertanya kepada tetamu lain, "adakan ini kenduri Shah Hairil?". Tetamu itu mengatakan ye. Kemudian barulah aku nampak kelibat bapa angkat ku yang tersenyum lebar melihat kedatangan aku dan keluarga. "Apa khabar, Zan? Mana ayah?", aku menjawab salam dan memberitahu bahawa ayah tak dapat datang, dan menyampaikan salam kepada bapa angkatku itu.
Sajalah nak cerita di sini. Sebenarnya, bapa angkatku itu adalah 'boss' ayah aku ketika bekerja di Pahang dulu. Sejak kecil kami kenal antara satu sama lain. Bapa angkat tu terlalu rapat dengan kami sekeluarga. Miski pun dia 'boss' kepada ayah, tapi kami dah macam keluarga. Setelah ayah pencen, bapa angkatku merantau berhijrah ke merata tempat, hampir aku lost contact dengan beliau. Tetapi aku sentiasa mencarinya. Sehinggalah pada tahun 1995 ketika aku diterima bekerja dengan Penerbangan Malaysia. Aku bertemu dengan bapa angkatku itu semula. Disebabkan itu adalah kali pertama aku menjejakkan kakiku ke Kuala Lumpur, bapa angkatku mengajak aku tinggal bersamanya sementara aku mendapat rumah sewa. Di sinilah bermulanya semula kekeluargaan ku bersama keluarganya. Dan aku menjadi abang kepada anak2nya.
Berbalik pada cerita kenduri tadi. Selepas bersalaman aku terus menuju ke dalam utk bertemu dengan ibu angkat (cik Nab), ketika itu pengantin sedang bersanding. Aku membawa D90 ku, dengan bangganya mengambil gambar pengantin. Sambil aku mengambil gambar, terdengar suara, "er, abang Rizan.....", kemudian lagi satu suara yang agak kuat, "wei! abang Rizan lah".... semua tetamu terpandangkan aku. Anak2 bapa angkatku, 5 dari 8 orang datang mendapatkan aku. Semuanya salam dan mencium tangan aku seperti biasa dulu. Semua mereka dah dewasa dan hampir aku tidak lagi mengenali mereka. Tapi alhamdulillah mereka masih mengenali aku. Meruntun juga jiwa ini, bila mereka masih menghormati dan mengganggap aku abang mereka. Sambil mengambil gambar, aku sempat berbual dengan mereka. Terasa gembira sangat dapat bertemu semula setelah lama tak jumpa. Kemudian pengantin di bawa ke khemah untuk majlis 'Makan Beradab'. Pengantin sudah di meja. Sambil aku mengambil gambar, aku terdengar suara memanggil pengantin, "Icah, abg Rizan....". Pengantin lelaki, bangun dapatkan aku, seperti biasa salam dan mencium tangan. "Selamat Pengantin Baru Icah", ucapku pada pengantin lelaki. Icah tersenyum dan berkata "Terima Kasih, abang Rizan jangan balik dulu ya...". Aku mengiyakan saja. Icah (Shah Hairil), merupakan adik yang paling rapat dan manja denganku sejak kecil. Kacaknya bila dah dewasa.
Selepas mengambil gambar, aku pun bersama keluarga menjamu selera. Hampir 2jam di situ, mengambil gambar, kemudian aku mendapatkan bapa dan mak angkatku dan kami balik. Tak sempat untuk berbual panjang. Pesan mak angkatku, senang2 datang lagi. Dah tahu rumah kan? Dan inilah Icah...

4 comments:

WanMommy Sarinah said...

Salam Tahun Baru 2011 !!

Baca entry ni dah terasa kemeriahannya di sana disambut dengan mesra oleh keluarga angkat ,bestnya.

ppssssttt , lapang2, upload lah gambo2nya ye :D

kak Erna said...

salam dan selamat tahun baru riz..dan sampai seremban pun ye..tak jauh dah tu.
selamat pengantin baru buat icah..tahniah..memang sama cantik

Yunus Badawi said...

Salam dan selamat Tahun Baru buat Riz sekeluarga.

Bestlah sekarang dah ada blog semula.

Selain di FB, bolehlah mengikuti perkembangan Riz di sini hehehe

Riz Ardy said...

Maaf lah kawan. Tinggal lama sangat blog ni... ingat takde yang mengomen... Baru buka hari ni.. timekasihlah sudi baca dan mengomen. Love u all...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...