Friday, April 15, 2011

Hari Ketiga di Zurich - Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (5)

Assalamualaikum sahabat..... hahaha bertemu lagi... Episod 4 baru je keluar, sekarang dah episod 5. Bukan apa, Ahad dah nak ke Paris, so, kenalah habiskan episod2 ni sebelum pergi....hehe

Hari ke3 di Zurich, bangun pagi seperti biasa. Hari ni Chris cuti. So, pagi tu kami keluar sekali untuk dia tunjukkan tempat kerjanya. Chris bekerja sebagai pemandu keretapi dari Zurich ke Uetliberg. Inilah keretapi untuk ke Uetliberg.

Sedikit penerangan pasal Uetliberg..

The Üetliberg (also spelled Uetliberg) is a mountain in the Swiss plateau, part of the Albis chain, rising to 873 m (2864 ft). The Uetliberg offers a panoramic view of the entire city of Zurich and the Lake of Zurich. There is also a hotel in the name of "Uto Kulm" on this small mountain. The two towers on the mountain are a look-out tower (rebuilt 1990) and the Uetliberg TV-tower (132 m, rebuilt 1968). The summit is easily accessible by train from Zurich.

Haa.. itulah kesahnya..
Kami bertolak pagi dalam pukul 8 cenggitu, sampai dalam pukul 9pagi. Masa dalam tren tu, ada ramai juga orang yg hop in hop out, terutama mereka yang bekerja dan ada juga suri suri rumah yang baru balik dari pasar. Al maklum, kat gunung tu takde pasar. Semuanya kena turun ke Zurich. Pemandangan Ya Ampun, tak berkelip mata aku memandang. Hijau dan tenang. Dengan rumah rumah kayu dan bunga bungaan yang berwarna warni...
Dalam perjalanan ada juga bersembang dengan Chris, dan dia tak habis2 menerangkan pada aku apa yang aku nampak kat luar. Jenis pokok lah, bunga lah, style rumah la.... mcm2 lagi. Pendek kata, dia memang tak berenti bercakap.
Haa.... sampai dah ke Uetliberg.

Chris bawak aku ronda kat Ofis dia, kenalkan ngan kengkawan dia kat situ, dan bawak jalan2 area tu. Kat sini ada juga hotel dan kawasan untuk berkhemah. Ada satu tower tang teramat tinggi. Kalau ada kamera SLR masa tu mesti best boleh tangkap gambar seluruh bandar Zurich. Malah dari situ boleh nampak negara2 Eropah yang lain yg mengelilingi Swiss.... Lupalah negara mana, kena tengok peta dunia lah.... hehe. Masa tu aku masih muda, energy kuat lagi, so, aku pun panjatlah menara tu dan amik gambar ni..


Tersandar kat situ, pasal gayat.....Ya Ampun, tinggi bebenor...

Aku lunch kat situ. Lama gak duduk sana, sbb walaupun Chris cuti hari tu, tak hapa ntah dia buat kat ofis dia, so, aku merayap sorang2 sekitar Uetliberg tu. Tak bnyk aku ambik gambar kat sini.

Petang baru kami turun dari Uetliberg ke Zurich, menaiki tren juga, walaupun boleh juga menaiki kereta kabel turun ke Zurich.... Aku lupa dah kenapa aku tak naik kereta kabel je hari tu...

Kita jumpa lagi nanti....

Salam...

9 comments:

Abdullah Mohd Nawi said...
This comment has been removed by the author.
AtukWee [Count Byron] said...

Ayu dan cunnyer pemilik blog nie...kemdian, ada pulop bergambor depan "washroom"?

Riz Ardy said...

Dolu dolu ayu lah prof.... Skrg lagi jelita....hehe... Nak amik gambar senbod Tu Tak pasan Ada boy/girl kat blkg Tu...hehe

Acik Erna said...

riz..tak pe..balik dari kampung di paris tu nanti boleh sambung lagi..
kalau ada tulips..jangan lupa ambik gambar banyak2 ye nanti boleh letak kat sini

JHaZ KiTaRo said...

salam kenal.. minat travel eh?? rajin2, jemput singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my travelling experiences ke 45 buah negara.. :)

Yunus Badawi said...

Lain kali kalau awak ke Zurich lagi naiklah kereta kabel utk ke atas sana tu. Agak2 berapa lama kalau naik kereta kabel ek?

Yunus Badawi said...

Jadi ke bawa lemang ke Paris hari ni?

Riz Ardy said...

Salam kenal juga Jhazkitaro... Saya mmg minat travelling... tp nak harapkan duit sendiri, mintak mahap lah ya... hehe. Semua tu adalah ikhsan company, alhamdulillah..
Terima kasih kerana ikuti cerita yang tak seberapa ini dan insyaallah saya akan menjengah blog aku sebutir pasir tu nanti, mesti teramat menarik.... :)

Riz Ardy said...

YB - untuk masa tu saya tak naik kereta kabel tu, tapi bila saya berkungjung kali kedua, saya cuba naik, dalam 45min perjalanan naik dan turun ke Uetliberg..
Jom lah YB, kalau ada rezeki, kita pergi sekali, pergi ngan kengkawan lagi best..
Lemang dan rendang tok tu mmg saya nak bawak ke Paris malam ni... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...