Thursday, April 14, 2011

Hari Pertama di Zurich - Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (3)

Assalamualaikum sahabat... kita bertemu lagi.. Panjang betul cerita ni, tapi aku akan cuba pendekkan sebab banyak lagi cerita lain sedang menunggu nombor giliran untuk masuk. Kang ada pulak yang merajuk... hehe...
Di pendekkan cerita, aku menyertai MAS pada tanggal 10/04/95. Bermakna setiap tahun aku pastinya akan mendapat satu tiket percuma melancong ke mana destinasi yang aku suka. Alangkah happynya aku pada masa itu dan target aku, cukup setahun dan cukup simpanan, destinasi pertama aku, Zurich lah, apa lagi. Jadi setelah lebih setahun menyertai MAS, aku terus apply tiket ke Zurich, Switzerland. Semuanya sudah disediakan. Chris pun sudah dimaklumkan. Chris tidak sabar menantikan kedatangan aku. Agak susah juga untuk berhubung kerana tidak ada handphone lagi masa tu, cuma melalui surat sahaja.
20/7/96 - Tarikh keramat yang takkan aku lupakan. Aku berlepas dari Subang ke Zurich, seorang diri. Ini kali pertama aku bercuti ke luar negara, seorang pulak tu. Cuak jugak lah. Tapi kerana terlalu teruja dengan Matterhorn, aku lupakan segala ketakutan dan kemaluan...opssss!!!! kerisauan.
21/7/96 - Sampai di Flughafen Int Airport Zurich jam 6pagi. Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Switzerland. Aku berpandukan kepada signboard yang ada di airport tersebut untuk ke bandaraya Zurich. Chris tidak dapat menjemput aku pagi tu, kerana beliau belum habis kerja lagi. Oh! ya, lupa nak cerita, Chris bekerja sebagai pemandu keretapi gunung, Uetliberg. Nanti aku sambung balik ceritanya nanti.... So, aku kenalah pergi sendiri ke Zurich menaiki keretapi dari airport. Macam rusa masuk kampung pun ada..hehe

Gambar aku, dah rupa mayat hidup pun ada....penat seh. Dalam keretapi dari Airport ke bandar Zurich. Swiss memang terkenal dengan sistem pengangkutan yang paling efisyen di dunia, salah satunya adalah tren/keretapi. Memang selesa menaiki trennya.

Perjalanan mengambil masa selama 20minit sahaja. Tiba di stesen Zurich, aku call Chris, bertanyakan pukul berapa agaknya dia boleh ambil aku di stesen. Chris cakap, dia terpaksa cover kawannya bertugas kerana kawannya MC, so, aku kena tunggu hingga jam 2tgh. Alamak! takut juga kot2 aku kena tipu. Tapi aku tawakal dan percayakan Chris. Aku dah tak selesa seharian tak mandi dan tidur, jadi aku cari hotel yang murah utk aku mandi dan berehat sementara menunggu Chris balik kerja. Dapatlah satu hotel berhampiran stesen keretapi tersebut, Martahaus Hotel, murah lah juga. Tapi kalau duit tu aku sewa hotel kat Malaysia, boleh dapat 5*. hehe.

Inilah stesen keratapi Zurich atau Haufbahnoff (betul kot ejaan ni).
Hotel yang aku sewa tu, sebelah kiri aku...tiada dalam gambar. Selepas check in hotel, hati teruja nak jalan2 dulu bandar Zurich. So, aku pun keluar bersiar2 berhampiran hotel.
First aku ternampak tram ni. Restoran bergerak. Mereka menikmati breakfast dalam tram sambil tram tu mengelilingi bandar Zurich..

Kemudian aku ke tasik ni, berhampiran dengan hotel yang aku tinggal tadi.

Ini pula adalah mercutanda Zurich.... Universiti Zurich sebenarnya.

Sempat juga bergaya dalam keletihan tu...

Itulah sahaja yang dapat aku tinjau sementara menantikan Chris. Nak pergi jauh aku tak berani, takut sesat. Tambahan aku kepenatan dan mengantuk. Aku pulang ke hotel, mandi, dan tidur.

Tertidur hingga jam 1:30tgh. Aku ke stesen keretapi tu menanti Chris di kedai buku. Pukul 2ptg, tepat, Chris sampai sambil ditangannya pamplet Matterhorn. Tersangatlah happynya aku. Chris mengikut aku ke hotel untuk membawa barang2 aku ke rumahnya. Aku tak tahu apa yang Chris cerita ngan reception hotel tu, aku cuma bayar suku sahaja dari harga bilik tersebut. Kami pun bergerak ke rumah Chris, kat Engimattstr, tak jauh dari bandar Zurich, tapi kena naik tram juga. Di rumahnya, ada 2 bilik, satu biliknya dan satu lagi bilik anaknya, tapi anaknya tinggal bersama maknya dikampung, sesekali sahaja datang ke Zurich. Berehat sekejap, minum dan makan cherry, kemudian Chris membawa aku bersiar2 sekitar bandar Zurich.

Inilah Chris hari pertama aku jumpa di negaranya....

Menaiki tram utk mengelilingi Zurich...

Kalau dulu selalu dengan Swiss Bank, rupanya disinilah dia Swiss Bank tu....

Chris bawa aku mengelilingi bandar Zurich sehingga petang. Sampai petang, dua2 penat dan berehat. Malam kami tidak ke mana2, aku masak nasi dan panaskan lauk sambal ikan bilis aku. Pertama kali, mat saleh tu makan nasi ngan sambal ikan bilis, hambik kau.....hehe
Selepas makan, Chris plankan percutian aku di Zurich. Kalau diikutkan beliau cuti pada masa aku di sana. Tetapi last minit, cutinya dibatalkan dan dikehendaki bekerja. Cuma ada satu hari sahaja beliau dapat temankan aku semasa aku di sana. Kerana kepenatan, aku tertidur. Chris, masih lagi dengan perancangannya....Holiday Planner...

Oklah kawan...... habis hari pertama aku di Zurich.... bersambung lagi nampak gayanya... huhu. Jumpa lagi dalam episod seterusnya..

11 comments:

aNIe said...

Salam Riz... pertama sekali akak nak komen... awat muka hang dulu gonjeng je...hahahha...

Seronok dpt pergi dan melihat sendiri negara orang... akak memang suka tengok gambar2 pemandangan yang cantik2...

Thanks for sharing... looking forward for you next entry...

Suria Klang said...

Salam perkenalan. Saya Suria Kelang, isteri Haji Naha. Teringin nak baca kisah2 Tuan, sewaktu sedang hop on hop off blog Pak Zabs dan Pak Pin... Aduhai....seronoknya lah berjalan2.

Riz Ardy said...

Kak Anie - Salam akak...
zaman mudo memang saya kurus melidi.... hehe. Gonjeng? hahaha...
Akak nak tengok pemandangan cantik, tunggu episod seterusnya...hehe
Thanks kerana singgah sini..hehe

Riz Ardy said...

Hjh Suria - Salam kenal juga dari saya. Baru je jumpa Hj Naha 2minggu lepas kat kedai.
Terima kasih kerana sudi singgah dan baca catatan yang tak berapa menarik ni. hehehe...nak berlumba2 ngan Pak zabs lah ni (gurau je...). mana mungkin saya boleh beat sifu tu...

Acik Erna said...

assalam riz..kurusnya riz masa bujang2 dulu ye..
seronok baca pengalaman riz pi bercuti kesana.

Anonymous said...

Salam Riz,

Pengembaran lebih baik kerana, banyak gambar yang boleh dijadikan kenangan.

Riz Ardy said...

Kak Erna - nak tau, itulah azam saya nak sangat ke sana, sampai cengkung dibuatnya. Tambah pulak duduk di KL. Kalau bekerja di Penang, makan mak tanggung..hehe. Kat KL, kena ikat perut sikit nak kumpul duit...

Riz Ardy said...

abg Zainul - pengembaran=pengambaran atau pengembaraan?
Memang ralat juga masa tu, sebab travel sorang2, Chris kerja. Jadi takde siapa nak ambil gambar. Kamera pulak murahan, Yashica kot kalau tak silap saya. Gambar pun kelabu2 je. Kalau masa tu dah ada digital, boleh amik gambar sendiri... hehe. Tapi habis jugak 6roll kodak masa tu.

silversarina said...

muka Riz sebijik muka Kimie ,comel je :D

Riz Ardy said...

ye ke akak... TQ.. kurus kering pun sama kan... haha.

Islamic Traveller said...

Perkongsian yang sangat menarik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...