Thursday, May 5, 2011

Amsterdam 1May



Assalamualaikum Kawan.... bnyk hari saya tinggalkan blog ni. Takut juga bila dah lama tak masuk, nanti bersawang pulak jadinya. Kali ni tak bnyk nak ceritakan, cuma nak kongsikan gambar sahaja.

1May - Selamat menyambut Hari Pekerja/Labour Day utk semua sahabat. Dah bercuti hari tu kan? Pada hari tu (Ahad), jam 8:30pagi, saya dan sahabat saya Abg Zainul, bertolak dari KL ke Skudai untuk menghadiri satu majlis perkahwinan anak sahabat FB kami, Prof Mohd Nawi Derahman. Kami sampai dalam pukul 12tgh lebih kurang. Agak awal dari yang kami jangkakan. Kalau mengikut kebiasaan, saya tidak akan ke mana2 bila saya dijadualkan bekerja pada hari yang sama, tapi untuk memenuhi undangan sahabat, dan keinginan utk bertemu dengan mereka, saya usahakan juga.
Memandangkan kami sampai awal, maka kami perlulah menunggu kawan2 yang lain sampai dulu sebelum menjamu selera. Tapi tak mengapa, malah kami bersyukur kerana selamat sampai. Beberapa minit selepas tu, seorang demi seorang kawan sampai.


Yang lain ramai tak dapat bersama kami hari tu, cuma ini antara yang sampai. Aku, abg Zainul, abg Din dan Bad. Tema pada hari itu adalah pink. Dan yang segak bergaya itulah pengantin tuan rumahnya.... Hensem kan?

Dari kiri: Badrul, abg Zainul, Prof MND, aku dan Abg Din MN

Pertemuan kami tu sebenarnya sekejap sahaja, apabila selesai menjamu selera, kami pun balik ke KL dalam pukul 1:38tgh kot. Dan kami sampai KL dalam pukul 5ptg. Alhamdulillah. Aku berehat dulu kat rumah sebelum berangkat pergi kerja dalam pukul 8:30malam. Penerbangan ke Amsterdam malam itu bermula jam 12malam, dan tiba di Amsterdam jam 6:30pagi (AMS lewat 6jam dari Msia.


Alhamdulillah, selamat sampai. Bila dah check ini hotel, aku berehat dan tidur sbb tghari tu aku plan nak ke Keukenhof, taman tulips. Memang aku selalu kesana pada musim Spring. Terasa seperti Syurga di dunia. Biarlah orang kata aku Mat Bunga, takpa, sebab, bunga tu tak akan aku dapat tengok di tanahair. Dan orang lain bayar beribu ringgit untuk hanya melihat bunga tu dan kincir angin. Aku bertolak jam 1tengahari seorang diri, sebab kawan2 lain tidak mahu ikut. Mungkin kerana terlalu penat, atau memang tidak tahan dengan cuaca yang sejuk sejuk manja tu. Tambang/tiket masuknya hanyalah 21euro, lebih kurang RM100. Aku bawak SLR D90 kerana hobi aku mengambil gambar.
Sampai Keukenhof setengah jam kemudian.


Bila sampai di sini, aku tidak lagi membuangmasa untuk shot gambar2 tulips yang beraneka warna ini..... Tengoklah hasilnya... Selamat menjamu mata...












Ini adalah ladang tulips yang sebenar. Tetapi sudah dipetik dan dieksport. Bulan Mac adalah bulan terbaik untuk melihat ladang ini dipenuhi tulips berwarna warni...



Kincir angin adalah simbol bagi negara Belanda.







Sempat juga berposing sbg kenangan.....hehe


Gambar ini kelihatan pekerja sedang memetik bulb tulips untuk dijual. Penutup bagi taman ini ialah pada setiap hujung bulan May. Bagi tahun ini ialah pada 20May. Dalam masa sekarang, tulip sudah berkurangan disini kerana bnyk sudah dipetik dan dieksport....


Okay kawan, sekian dulu untuk kali ni...terima kasih kerana sudi membacanya... Jika anda berminat untuk melihat banyak lagi gambar tulips, cari saya di FB, Riz Ardy.....

8 comments:

Yunus Badawi said...

Salam Riz.

Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan gambar2 yg cantik tu. Dah berkurun saya ke Belanda. Masa tu anak baru seorg. Tapi saya pergi dgn kawan2 kerana menghadiri kursus. Sykt saya dulu tu kan sykt Belanda. Masa tu bulan Jun. Tulip dah habis huhuhu

Riz Ardy said...

YB... Kat FB lg bnyk gambar tulips. Ada 360 keping. Mesti Mak Adam suka...hehe.
Shell dari Belanda ke YB... Bnyk yg menarik sana, tp sayang kami duduk sekejp Je...

Acik Erna said...

assalam riz..terima kasih..cantiknya tulip..tak puas tengok..tak jemu dipandang..berbagai warna..cantik sungguh.

Riz Ardy said...

Kak Erna - sila lawat album saya kat FB, lagi banyak gambar....

Sally said...

Salam,
first time transit kat sini nih..
nice pics u hv here in this n3...bila laaaaaaa nak sampai d situ..

Riz Ardy said...

Salam sally....tkasih kerana sudi singgah sini...
Bila bila pun boleh ke sana. Sentiasa terbuka... Hehe

Ann Huda (Ate) said...

Salam.
Suka membaca pengalaman org di luar negara. Tak kira yang bekerja mahupun melancong. Ate juga sering keliling dunia...tapi depan komputer saja..;) (tak de sayap nak terbang).

Irfa said...

salam Riz..
cantiknya tulip..
pertama kali ke sana tak kena musim.nampak gaya kena pegi sekali lagi utk merasai musim tulip yg sgt cantik itu.betul kata riz.org lain kena bayar ribuan utk tgk kincir dan tulips..kalau free apa salahnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...