Wednesday, April 27, 2011

Hong Kong

Assalamualaikum kawan,
Jumpa lagi kita. Entri ni aku tulis sekembalinya dari Hong Kong. Bukannya ada cerita menarik pun, tapi bila dah excited nak berblog ni, kutulis juga untuk dikongsikan bersama.
Aku depart dari KLIA hari Ahad 24/4 pukul 6:30ptg. Kat KLIA sempat lagi tukar Hong Kong Dollar ni HKD350/RM150.

Dalam Flight, tak habis sorang2 bercerita apa plan esok. Aku pun merisik gak kengkawan kot2 mereka ada plan. Hmm..... semuanya plan nak melepak tidur dalam bilik aje. Hampeh betul. Aku sepatutnya bawak family dalam trip HK kali ni, tapi oleh kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan, tak jadi bawak family. Alhamdulillah jugak la, sebab flight penuh pergi dan balik. Buatnya mereka ikut, kan payah nanti, takut tak dapat seat pulak.

Sampai diairport HK dalam pukul 11malam, kami dibawa naik bas ke Hotel SkyCity Marriot Hotel. Bukannya jauh sangat pun ngan airport, dekat aje. Tak sempat habis sebatang rokok pun, tapi aku tak merokok..hehe. Di lobi, semua ambil kunci bilik masing2. Aku dapat bilik no 766. Dan inilah bilik aku.


Cantikkan?
Setiba dibilik, aku rehat2 dulu, baca Mingguan Malaysia, sebelum aku masuk mandi dalam bilik air yang serba indah ini. Kalau nak buat sendiri macam ni, mmg aku tak mampu. Memang kelas betul hotel ni...


Selepas mandi, aku tidak terus tidur, aku keluar pergi ke Crew Lounge dulu. Oleh kerana aku tak bawa lappy untuk update status FB, aku kenalah menumpang guna di Crew Lounge ini. Di situ disediakan 4pc, TV, Coffee Maker, Minuman, Board Games, dan macam2 lagi untuk Crew2 yang menginap dihotel ini. So, lama juga aku kat situ, borak dan berFB, hingga pukul 1pagi.


Selepas tu aku balik bilik dan terus tidur. Kerana keselesaan katil dan bilik tu, aku tidur senyenyak2nya hingga terlajak pukul 10pagi....terlepas subuh. Terjaga dan mandi, siap2, terus aku turun untuk keluar ke Kowloon, HK. Sebelum tu, sempat lagi aku singgah ke Crew Lounge, untuk update dan check msg FB. hehe. MAcam perkara wajib pulak. Aku sempat sambar sebiji epal sebelum keluar.

Di stesyen keretapi aku dapatkan tiket untuk perjalanan pergi dan balik dari hotel ke bandar...

Ini gambar dalam tren dari Asia World Expo ke bandar Hong Kong. Trennya bersih sesangat. Cantik dan selesa. Sangat efisyen.




Permandangan perumahan sekitar berhampiran airport...


Haaaaa.... sampai pun ke Kowloon. Dari sini aku ambil shuttle bas ke pekan Kowloon, Nathan Road, tempat ramai orang membeli belah. Sepanjang jalan ini, terdapat bnyk kedai2 pakaian dan elektronik. Kata kawan saya, En Anuar Nordin, segala atuk nenek cucu cicit part tentang elektronik boleh didapati disini.


Di sini juga terdapat ramai orang Islam, dari Pakistan, Indonesia, India, dan lain2. Jadi utk mendapatkan makanan halal, tiada masalah langsung. Dan inilah salah satu dari masjid di Hong Kong...



Inilah dia permandangan Nathan Road...


Sambil berjalan2 sepanjang jalan ni, aku tertarik dengan iklan ini. Kalau diterjemahkan secara terus, bermakna kat kedai ni ada jual dadah.... adakah dadah halal di Hong Kong? Teringat masa aku di tingkatan 1, cikgu bertanya, "apa yang anda tahu pasal dadah?", semua kawan jawab, dadah tu ketagih la.... dan macam2 lagi.... Tapi bila turn aku, dengan selambanya aku menjawab "dadah adalah sejenis ubat jika digunakan secara betul dengan had dan sukatannya, tetapi akan menjadi racun, seandai disalahgunakan.". Cikgu tersebut menepuk bahu aku, dan berkata "bagus". Sebenarnya, ini adalah kedai ubat dan herba Cina. Macam2 ubat dijual disini. Tapi aku tak masuk, kerana tidak tahan dengan baunya.


Aku tak lama di sini, sekadar buang masa saja membelek2 barang. Tapi tak satu pun aku beli, sebab, harganya dah mahal. Lebih baik aku dapatkan barangan tersebut di Malaysia saja. Aku mmg alah kepada keadaan sesak dengan orang ramai dan cepat pening. Kerana keadaan yang diluar kawalan itu. Aku ambil keputusan untuk terus balik ke hotel saja... Maka aku terus ambil tren di stesen Kowloon dan terus balik ke hotel, rehat.

Aku sedang menunggu masa utk bersiap ke Sydney. Baru semalam sampai dari Hong Kong, hari ni dah fly lagi. Insyaallah nanti aku akan ceritakan pasal Sydney pula.... jumpa lagi... Salam. Terima Kasih.

4 comments:

Erna said...

riz..memang mewah betul bilik hotel dia..kalau dapat bawak family masa tu mesti anak2 suka kan..

aNIe said...

Riz... anak akak berbulan madu ke HOng Kong jugak dulu... tinggal di hotel di Nathan Road...

Katanya masa kat sana asyik makan nasi beriyani je... sebab susah nak cari makanan... agaknya diorang tak tau lagi tempat2 makanan yg halal kat sana...

Seronok kalau dpt bawak famili...

Bersih suasana dlm tren tu ye...

Riz Ardy said...

kak Erna - ini adalah hotel mewah kedua yang kami duduk. Yang pertama, kat Bombay. Bnyk filem Bollywood shooting kat situ.
Hotel ni, kalau bawak anak2, hancurlah jawabnya.... hehe

Riz Ardy said...

kak Anie - anak akak, mesti pergi Disneyland dan Seaworld kan? Kat Nathan Road tu mmg bnyk briyani. Situ ajer bnyk tempat makanan halal. Hong Kong dulu dan sekarang bnyk bezanya. Lebih bersih dan cantik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...