Wednesday, April 13, 2011

Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (1)

Assalamualaikum sahabat.
Tajuk entri kali ni Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (1). Bukanlah cerita baru, cuma mengimbau kenangan dulu yang hampir 15 tahun lamanya.
Semua orang ada cita- cita dan impian sejak dari kecil lagi kan? Apakah impian anda sejak kecil? Sudah tercapai kah atau belum? Sejak kecil, saya terlalu banyak impian. Mengimpikan banyak perkara yang langsung tidak masuk akal pun ada. Sehingga ada yang berkata, ala, kamu ni banyak sangatlah berangan. Tambahan seorang anak kampung, yang serba daif, mengimpikan sesuatu yang takkan bisa di capai.
Sebelum aku mulakan cerita, pernah tak anda melihat orang yang merokok rokok Matterhorn? Ala, zaman ayah2 kita muda2 dulu.... rokok tu dah takde sekarang. Tapi untuk mengembalikan ingatan anda, aku dah dapatkan gambarnya melalui internet. Sila rujuk gambar dibawah ni....

Ok, dah ingat kan? Semasa kecil aku memang selalu campur ngan org2 dewasa, kawan2 ayah (tabiat tu terbawa2 hingga ke hari ini). Tapi tidaklah sampai nak ikut mereka mengisap rokok. Salah seorang darinya, menghisap rokok ini. Aku selalu membelek2 kotak rokok tersebut, masa tu seingat aku, aku baru darjah 3. Pernah sesekali aku bertanya kepada ayah, "ayah, Matterhorn tu apa?". Ayah jawab, "gunung di luar negeri, ada salji", dah tah apa lagi ayah tambah, aku dah lupa. Aku mula terfikir, dimanakah gunung itu sebenarnya sbb tertarik dengan bentuknya. Maka, keesokkan harinya aku bertanya kepada cikgu kelas ku, tapi masih belum dapat jawapannya. Nak check internet, manalah ada masa tu kan.... Ayah bertanyakan kepada aku depan kawan2nya, kenapa aku nak tahu sangat pasal Matterhorn tu. Lalu aku menjawab, "Cantik. Suatu hari nanti, abang (panggilan manja aku kat kampung masa tu) nak pergi sana....". Jawapan aku itu menjadi hilaian tawa semua kawan2 ayah. Aku bertanya "kenapa semua ketawa?". Salah sorang kawan ayah menjawab "abang, gunung tu jauh, bukan boleh naik beskal je sampai sana, kena naik kapal terbang, abang ada duit ke nak naik kapal terbang". Sebenarnya soalan itu menguatkan lagi azam aku untuk sampai ke sana..
Sehinggalah aku ke tingkatan satu, barulah aku tahu bahawa Matterhorn terletak di Switzerland dari cikgu Geografi aku. Dan aku tak habis2 bertanyakan cikgu pasal gunung tersebut. Minatku semakin menebal.
Hari berganti bulan berganti tahun, azam dan hasrat ku itu aku pendamkan, memang kurang percaya akan tercapai. Sehinggalah aku bekerja sebagai kerani akaun dan auditor di Butterworth tahun 93.
Tugas aku, menguruskan akaun sykt dan akaun kelab yang dimiliki oleh sykt itu sendiri. Disamping itu juga, tugas aku adalah mengaudit akaun cawangan sykt tersebut di Ipoh dan KL. Jadi setiap 3 bulan, aku akan ke Ipoh dan KL untuk buat audit. Masih aku ingat, semasa perjalanan aku dari Ipoh ke KL dalam keretapi, aku duduk sebelah mat saleh. Dalam perjalanan tu, aku meringankan mulut menegur mat saleh tersebut, rupanya beliau berasal dari Switzerland dan bernama Christoph Ogg. Perbualan makin rancak, dan Chris mengajak aku ke koc kafeteria. Kami minum milo sambil bercerita. Banyak soalan yang aku ajukan kepada Chris terutama pasal Matterhorn lah. Chris menjawab dengan selambanya, kerana dia seorang traveller, dan dia bnyk membaca. Kalau tanya pasal Malaysia pun, aku rasa, dia lebih hebat menerangkannya. Cerita pasal Matterhorn semakin lama semakin rancak. Chris pun menjemput aku ke Swiss dan dia berjanji akan bawa aku melihat dengan mata kepala sendiri. Dalam diam aku termanggu dan dalam hari terasa sedih, bilalah aku dapat ke Swiss, sedangkan nak jalan dalam Malaysia pun susah. Namun hasrat untuk menjejak kaki aku ke Matterhorn tetap bernyala dalam hati. Kami berbual sampailah ke stesen KL. Sempat aku mengambil alamat Chris untuk berhubung lagi selepas itu nanti. Aku dan Chris turun di stesen KL dan membawa haluan masing-masing.
Inilah Chris, gambar pertama yang aku terima selepas pertemuan aku dalam keretapi dari Ipoh ke KL...

Semenjak pertemuan itu, aku sering berutusan surat dengan Chris dan setiap kali Chris membalas surat aku, dia akan sertakan poskad dan gambar2 Matterhorn. Dan yang paling best, dia ada memberi sebuah buku tebal pasal sejarah Matterhorn. Masih aku simpan hingga ke hari ni. Aku baca buku tu, walaupun tak berapa faham sangat, dari kulit ke kulit dan aku ulang berkali-kali. Terlalu teruja utk ke sana. Chris juga ada menghantar sehelai tshirt gambar Matterhorn yang dibeli dari Zermatt (tempat tersergamnya Matterhorn).

Nantikan cerita aku seterusnya bagaimana aku berjaya juga ke Matterhorn..... Sebelum aku meninggalkan kawan2, aku tinggalkan gambar aku dengan gunung impian aku Matterhorn.. Jumpa lagi nanti....

Gambar ku tersenyum lebar,bersyukur, impian menjadi kenyataan. Tapi sayang Matterhorn tidak berapa sudi untuk memandang wajah aku, atau mungkin kabus cemburu dengan kehadiran aku....

5 comments:

silversarina said...

Akak hanya mampu berkata ..BESTNYAAAAAAA !!!!

Pak Man laksam said...

Assalamualaikum,
Pak man suka blog ni......
Pak Man follow.

Riz Ardy said...

Kak rina - apa yg best? Hehe. Belum habis citer lagi Ni...hehe. Tunggu bnyk episod lagi...

Pak Man - waalaikumsalam. terima kasih krn Sudi follow blog Ni. Takdelah menarik pun... Cerita biasa2 aje. Cerita Ni blm sampai ke puncaknya lagi...hehe

Zabs said...

Salam Riz,

Pernah tengok rokok ni tapi B&H dan Dunhill lagi ummph.

Riz Ardy said...

Salam Abg...
Haha... Saya takde pengalaman merokok, jadi saya tak tahu yang mana satu umph... Tapi mmg ramai kawan hisap rokok B&H dan Dunhill hingga ke hari ni. Tapi saya paling suka bau Gudang Garam.... hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...