Wednesday, April 6, 2011

Ah Seng kata.....

Assalamualaikum kawan,
Sedang mengemas kotak2 kosong hasil dagangan, aku teringat sorang kawan aku, namanya Mohd Radzi. Tapi dek kerana rauk wajahnya yang macam Cina, kami gelarnya Radzi Ah Seng. Dia teman serumah aku semasa aku baru join MAS. Dia bekerja sebagai Kakitangan Perkhidmatan Pelanggan, dan masa tu aku bertugas sebagai Narrowbody Flight Steward (Domestik). Kami menyewa flat berhadapan dengan Sunway Pyramid. So, kalau aku keluar ke balcony, kepala singa tu betul2 depan mata.
Ah Seng ni, seorang yang rajin bekerja. Shift dia tak menentu. Kadang2 pagi2 buta dia dah keluar, lewat malam baru dia balik. OT. Pagi berikutnya keluar lagi dan malam balik. Begitulah rutin hariannya. Bila dia off, dia bnyk menghabiskan masanya mengemas rumah dan adakalanya keluar dengan kawan2. Rumah kami tinggal, complete dengan perabut. Semuanya hak dia. Hasil kerja OTnya itu. Pendek kata, kalau dia nak kahwin, anytime, barang rumah semunya dah ada.
Ah Seng bukan seorang yang kedekut dan jenis orang yang happy go lucky. Susah nak tengok dia merungut atau marah2. Kalau aku off sama dengannya, kami sering keluar makan bersama. Dan boleh kiralah berapa kali je aku yang bayar. Kebanyakkannya dia yang bayar. Bila aku nak bayar, dia akan cakap "takpelah, ko simpanlah duit ko tu, ko baru kerja, aku dah lama kerja".... memang dia senior dari aku. Memang susah nak dapat kawan macam tu. Aku pun selalu cakap, "takpe nanti bila aku dah fly 'widebody', ko ikut aku pergi oversea".... Janji aku kat dia. Dia cuma senyum bila aku cakap macam tu...
Ah Seng, mmg pandai mengurus kewangannya. Pernah semasa aku baru naik 'widebody', dia surprisekan aku dengan kereta Proton Putranya, warna Maroon. Model tu baru sahaja dilancarkan. Mmg kegilaan anak muda masa tu. Aku cakap, "ko kan takde lesen...". Ah Seng balas, "ko kan ada.... nanti senang2 ko ajarlah aku". Mulai hari tu aku menjadi driver dia kalau off. Masa tu aku cuma mampu beli Proton Saga je, itupun secondhand. Seronok sangat aku dapat bawak Putra, walaupun cuma jadi driver dia. Boleh lah berlagak sikit ngan kawan2. hehe.
Bila lama kelamaan tinggal dengan dia, aku lihat, dia mampu hidup yang boleh dikatakan agak mewah. Sedangkan aku tahu, dia bukan dari keluarga mewah. Dan aku tahu gajinya taklah seberapa, tidak termasuk OT. Untuk aku jadi sepertinya, sudah tentu agak susah, walaupun pada masa itu gaji aku lebih darinya.
Sekali, malam tu, aku ringankan mulut kuatkan hati, bertanya kepadanya, "Seng, aku tengok ko ni, macam takde masalah duit pun, hidup senang aje, semuanya ko ada, apa sebenarnya yang ko buat ya?". Bila dia dengar soalan aku tu dia senyum, dan membalas, "mesti ko ingat aku buat kerja tak elok kan?". Aku cuma mengangguk. Dia menambah, "Zan, sebenarnya itu adalah duit hasil kerja aku sahaja, termasuk OT yang aku buat... Aku sendiri pun tak tahu, namun aku bersyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada aku. Aku memegang kata arwah mak aku, banyakkan menjamu orang makan dan bnykkan memberi, pastinya rezeki kita dimurahkan". Terpaku aku seketika bila mendengar kata2nya itu. Oh! patutlah, selama ini dia tidak pernah berkira dengan aku, soal makan minum dan kelengkapan rumah. Malah, dia kerap juga menjemput kawan2 datang ke rumah untuk makan2. Agaknya itulah sebab rezekinya dilapangkan. Betullah kata omputeh "the more u give, the more u get"....
Kini aku dah bekeluarga, tapi aku masih tidak bersedia untuk menjadi sepertinya...

5 comments:

ZABS said...

Salam Riz,

Saya tak kenal Ah Seng ni, tapi anda mungkin macam dia juga walaupun mungkin tidak lebih darinya, tapi tidak kurang pun.

Riz Ardy said...

Salam Abg...
Terima ksih Sudi singgah sini :).
Baru Je call Ah Seng tadi Tanya khabar... Dia dah pindah ke barking high... Hehe..

Krafdunia Design said...

memang benarlah gitu..

Riz Ardy said...

betul kan.... sebab tu lah ada pernah saya dengar sampai bertumbuk sbb berebut nak bayar....agaknya lah..haha.

Irfa said...

riz..
awak kenal dia?
saya pun kenal dia..mmg senyum dan peramah orgnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...