Thursday, April 21, 2011

Hari Ke6 di Zurich - Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (Akhir)

Assalamualaikum sahabat yang sudi membaca...
Sampailah ke kemuncak cerita yang membosankan ini. Episod akhir.

Setibanya di rumah, kami berehat dan makan malam. Aku masuk tidur awal, belum tahu plan esok dan tak tahu pun Chris kerja atau tidak. Semasa aku tidur2 ayam, terdengar telefon berbunyi. Mulanya tak pasti apa yang dibualkan, yang aku dengar dan faham sikit2 bahasa Swiss tu, ada lah bunyi pasal kerja. Tak kisahlah, ngantuk punya pasal.
Pukul 5 pagi aku terjaga, mandi2 dan ke dapur nak buat toast. Terlihat ada nota atas meja. Rupanya, awal pagi Chris dah pergi kerja.
Dalam nota tu tertulis, "Rizan, maaf hari ni saya bekerja. Semalam saya tak sempat nak beritahu hari ni awak akan ke Tirano Itali, sempadan Swiss. Maaf saya tak dapat temankan awak kerana panggilan kerja malam tadi. Dalam uncang tu ada sedikit wang Lira (dulu Itali pakai Lira) utk awak gunakan di Tirano. Tolong belikan Amerillo (kalau saya tak silap lah..lupa pulak), di kedai (lupa namanya) sebelah stesen. Selebihnya awak boleh gunakan untuk makan dan bersiar2. Juga, ada satu pas perjalanan ke sana untuk semua destinasi. Jadi awak tidak perlu membeli tiket untuk ke sana."
Alhamdulillah, mulanya aku ingat akan bersiar2 sekita bandar Zurich saja, sebab duit pun dah tak cukup untuk pusing Swiss, rupanya hari tu, langkah aku lagi panjang. Dari Zurich ke Tirano mengambil masa selama 8jam. Aku dah pandai baca timetable, so, Chris tak perlu lagi nak buat plan utk aku. Aku bertolah dalam pukul 6:17pagi dari Zurich. Sepanjang jalan aku menikmati permandangan pokok pine dan kampung2 org Swiss, teringat pulak cerita Hansel n Gratel, di zaman kecik2 dulu. Tengok tukang2 kayu mengukir kayu. Memang sukar utk didapati mana. Indah sungguh pemandangan itu.
Tasik yang membiru berlatarbelakangkan gunung ganang yang diselaputi salji. Fuh! Sungguh indah ciptaan Ilahi...
Pemandangan tasik ni di Chur...


Bertukar tren di Chur menaiki Bernina Glacier Ekspress.


Perjalanan kali ini lebih menarik kerana melalui tanah rata kemudian mendaki gunung, tanah rata semula, gunung dengan glaciernya dan tanah rata hingga ke Itali.


P/s: Chris pesan kepada saya supaya duduk di koc yang palin belakang atau paling depan, supaya dapat lihat kepala atau ekor keretapi seperti ini bila melalui lereng2 gunung. Seperti ular yang nak masuk sarang.... Memang cantik kan? Gambar ni di Filisur.


Saya turun sebentar (break journey), utk melihat pemandangan yang cantik itu dan utk makan tengahari.
Gambar ni pulak di sebuah tempat yang bernama Samedan di tanah rata...


Ini pulak ketika saya berhenti sementara di St Moritz.. cantikkan. Di St Moritz ini, ramai celebrity antarabangsa membeli rumah untuk mereka bercuti, antara yang diberitahu kepada saya, ialah MJ dan Tina Turner. Mungkin ramai lagi artis antarabangsa lain yang tidak disebut namanya. St Moritz juga adalah tempat terkenal untuk Winter Sports dunia.



Hampir sama pemandangannya dengan Samedan tadi, tempat ini bernama Pontresina...

Selepas Pontresina, aku meneruskkan perjalanan lagi dan berhenti lagi sekali untuk menikmati permandangan dan cuba mendaki gunung di Bernina Diavolezza. Agak lama kat sana. Tapi aku tak pasti ke mana gambarnya...huhu. Setelah berehat agak lama di Bernina, aku teruskan perjalanan hingga ke Tirano. Agak mudah sahaja untuk memasuki sempadan Itali, selepas Poschiavo, cuma perlu tunjukkan passport antarabangsa sahaja. Kemudian, sampailah aku ke Tirano. Pemandangan yang hampir sama dengan Swiss, cuma bahasanya sahaja yang berbeza. Di Tirano, aku pun mencari minuman yang Chris pesan dan bersiar2 sekitarnya. Selepas itu aku terus pulang ke Zurich, tanpa berhenti di mana mana lagi. Dah terlampau penat dan filem pun dah habis...
Sekian sahaja cerita yang tak seberapa ini. Terima kasih kepada kawan2 yang membacanya. Harap maaf jika ada yang tersalah informasinya, almaklum dah hampir 15tahun, dan tak dicatatkan secara tepat perjalanannya.
Di bawah ini, ada map Swiss kalau berminat utk tengok. Yang dibulatkan adalah tempat persinggahan saya pada waktu itu. Kali kedua saya ke Swiss, barulah saya cover semua tempat seluruh Swiss, termasuk Geneva, Burn, Basel, Lugano, dan lain2...tapi tidak akan diceritakan...


Gambar hiasan sebelum mengundur diri. Trip kedua ke Swiss sekitar 2002...




Salam, semoga ketemu lagi...insyaallah.
Sekian Terima Kasih.

Nota kaki: Nak tahu tak apa keistimewaan Gunung Matterhorn?
(Tidak diberitahu di mana2 buku atau internet (kalau ada nasib baik lah..hehe)
Keunikan yang ada pada Matterhorn ialah, warnanya akan bertukar setiap kali bertukar musim dan keadaan cuaca, kerana biasan cahaya. Seperti juga dengan ULURU di Australia....

9 comments:

Mulan said...

tqs for sharing semua info & fotos yang menakjubkan..

Riz Ardy said...

kembali mulan. Terima kasih kerana sudi baca.... :)

Acik Erna said...

riz..banyak kenangan riz kan..dulu2 tak de ambik gambar bunga ye..
akak tau riz ada ambil banyak gambar bunga masa pi hollad kalau ytak salah,,yang riz upload kat FB tu..
masuk kan le kat blog ni untuk share ye riz..tq.

Norlita bt Mohamud said...
This comment has been removed by the author.
Riz Ardy said...

Salam kak erna
Terima kasih. Insyaallah nanti saya uploadkan...

Suria Klang said...

amboi...nanti boleh bukukan semua pengalaman ni dan jual buku tu...gerenti laris....

Riz Ardy said...

Hjh Suria - terima kasih. itu satu penghargaan bg saya. Nak dibukukan untuk koleksi pribadi ok lah, kalau nak jual, sapa nak beli....hehe. Bukan orang kenal macam celebrity pun. Ada orang lagi bnyk pengalaman travelling. Hjh sendiri pun bnyk travel kan? lagi bnyk pengalaman dan cerita menarik. :)

Kejora said...

salam kenal...

Riz Ardy said...

Salam Kejora....
Salam kenal juga dari saya.
Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...