Friday, April 15, 2011

Hari Kedua di Zurich - Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (4)

Assalamualaikum kembali sahabat... kita ketemu lagi.... Rasa macam aku nak habiskan cerita ni cepat2 je, tapi masa tak mengizinkan. Kena tulis sikit2.

Kriiiiiiiiiiiiinnnnngggg!!! Jam loceng berbunyi di hujung katil aku. Pagi hari kedua di Zurich. Pukul 5pagi rupanya. Aku pun terlupa nak kunci jam malam tu. Rupanya mat saleh tu punya kerja, dah kuncikan jam kejutkan aku subuh. Subuh masuk pukul 6pagi. Chris mmg cukup faham dengan adat dan agama kita.
Aku bangun dan mandi. Tengok kat bilik dia, dia dah tak ada. Atas meja ada satu nota tertulis, "Rizan, hari ini awak tidak boleh ke Zermatt (Matterhorn) kerana angin dan kabus tebal, dan saya tidak dapat temani awak hari ini. Semua plan dan jadual tren telah saya sediakan. Awak cuma perlu ikut sahaja timing dan platform yang tertulis. Jadual tren pun ada di situ, kalau awak terlepas tren, awak boleh rujuk dalam buku tersebut. Awak perlu keluar awal pagi sebelum pukul 6:30, kerana pukul 7pagi stesen akan sibuk. Kunci rumah juga ada, dan itu adalah kunci awak, jangan hilangkannya" (lebih kurang begitulah nota panjang lebarnya, setelah aku translate ke BM.... hehe.
Semua panduan dia tulis kat dalam nota tu. Serba serbi, siap kaunter nombor berapa pun ada.
Destinasi aku hari tu adalah Rigi Kalbatt (gunung). Mulanya aku pun tak tahu natang apa sebenarnya. Sebab yang aku tahu cuma Matterhorn je. So, aku ikut jelah apa yang tertulis kat dalam nota tu. Aku keluar rumah selepas subuh, lebih kurang jam 6:30pagi. Dah cerah sikit2 masa tu. Nota yang dia tulis bermula dengan kunci pintu rumah (lurus betul si Chris ni, itu pun nak ditulisnya. Sayangnya aku tak simpan nota yang dia tuis tu). Kemudian aku ambil tram no 13 seperti yang tertulis dalam nota tu utk ke stesen keretapi. Aku diminta untuk membeli tiket diskaun dahulu yang berharga SFR96(RM220), supaya setiap tiket aku yang berikutnya selama 10hari itu akan mendapat diskaun 50%. Kemudian barulah aku beli tiket ke Rigi dengan diskaun 50%. Inilah tiketnya.

Maknanya perjalanan dari Zurich ke Rigi ke Luzern dan balik ke Zurich, one round trip. So, aku pun mulakan perjalanan aku berseorangan berpandukan nota yang diberikan. Aku bersyukur kerana sistem pengangkutannya memang first class, efisyen... on time. (tapi time dia mmg pelik, ada pukul 7:26am, 8:39am..... dsbgnya...dia tak genapkan..hehe). Tapi mmg on time, departure dan arrival. Jadi, mmg mudahlah mengikuti nota yang Chris tulis tu.
Perjalanan mengambil masa 3 jam, bertukar tukar tren... aku pun dah lupa nama2 stesen tersebut. Sampai Rigi dalam pukul 10pagi kot (dah lupa lah, yang aku ingat, aku bfast kat sana).
Sedikit tentang Rigi,

"A breathtaking panoramic view across the Alps, of 13 lakes and over the entire Swiss Mittelland through to Germany and France can be enjoyed from the summit of the Rigi"


Budak pompuan tu, aku jumpa kat sana, rupanya ada juga saudara serumpun kita kat sana..hehe.. keluarga tu suka sangat jumpa saudarnya kat sana...hehe..

Inilah Rigi, tidaklah tinggi sangat cuma 1800m atas paras laut. Tapi perjalanannya sangat menarik dengan pemandangan pokok pokok pine dan rumah2 kayu orang Swiss.

Kalau musim sejuk, disini adalah salah satu tempat untuk sukan musim sejuk (winter sports). Ada 3 cara untuk sampai ke sini, samada dengan tren, bas atau kereta kabel. Aku menghabiskan masa selama lebih kurang 2 jam disini. Menikmati udara dan pemandangan tanah tinggi. Udara sangat segar dan sungguh menarik. Terasa macam nak tinggal kat situ terus. Sejuk yang tak berapa sejuk, panas yang tak berapa panas.
Sempat lagi post maut dengan bantuan orang mengambil gambar.


Lihat sahaja lah pemandangannya. Dereten gunung2 di Switzerland... yang aku ingat, kalau tak silap Pilatus, Santis dan Titlis... (tak berapa pasti..)


Ciptaan Yang Maha Esa...


Anak kampung yang dah terlupa diri sekejap..... hehe


Aku tak bermaksud nak buat cross....tidak disengajakan....harap maaf...


Ini memang aku saja buat sebab teringin pulak nak buat macam iklan Salem High Country.... hehe


Tibalah masanya untuk aku mengucapkan selamat tinggal kepada Rigi, dan aku menaiki tren ini untuk ke Vitznau untuk menaiki feri ke Luzern.

Dan menaiki feri ini...

Sampailah ke Luzern...

Sedikit tentang Luzern/Lucerne

Lucerne, the gateway to central Switzerland, sited on Lake Lucerne, is embedded within an impressive mountainous panorama. Thanks to its attractions, its souvenir and watch shops, the beautiful lakeside setting and the nearby excursion mountains of the Rigi, Pilatus and Stanserhorn, the town is a destination for many travel groups and individuals on their journey through central Switzerland.

Keterangan lanjut boleh didapati dari internet.... Switzerlandtourism.com.

Gambar ikhsan dari Internet. Tak tahulah ke mana gambar aku kat titi ini...

Aku mengambil masa yang agak lama juga disitu, sampai maghrib. Kemudian aku ambil tren dari Luzern ke Zurich... Sampai Zurich dalam pukul 10:30pm. Setiba dirumah dalam pukul 11:15pm lebih kurang, Chris sudah dibiliknya, tidur. Mungkin kepenatan seharian bekerja. Diatas meja ada nota tertulis, "masih tak boleh ke Zermatt. Esok saya akan bawa awak ke Uetliberg". Chris adalah seorang driver tren dari Zurich, ke Uetliberg.....

Tunggu episod akan datang, perjalanan hari ke3 saya ke Uetliberg dengan Chris.

8 comments:

zino said...

boleh di bukukan memori ni...

Riz Ardy said...

memang saya nak bukukan...utk tatapan anak dan cucu je lah...hehe. Sapa nak baca cerita macam ni. Sebenarnya ada bnyk gambar, tapi malas nak scan semua sbb nak kena kopek dari album...hehe

ZABS said...

Salam Riz,

Satu catatan perjalanan yang menarik.

Riz Ardy said...

wsalam abg,
Terima kasih... ingat ingat lupa jugak tu....hehe

AtukWee [Count Byron] said...

Sukernyer baca citer ni. Ceciter ceciter lebey k.
Thanks Riz for sharing. The chronicle is awesome!

Riz Ardy said...

Prof, thanks sudi singgah sini... Ni Nak citerlah Ni. Hehe Tp prof kena baca dari episod 1 hehe. Kalau bosan, kita bakor Je....hehe... Enjit enjit semut, sapa sakit naik atas.....hehe

Acik Erna said...

riz memang boleh buat buku catatan perjalanan..
semua gambar2nya pun menarik.
scan la banyak2 riz..ada gambar baru best.

Riz Ardy said...

Kak Erna - saya tak bnyk gambar masa ni, jadi tak boleh nak scan bnyk2...almaklum jenjalan sorang2, pastu masa tu pakai filem, kena save sikit2...hehe. nanti saya hapdet ladi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...