Wednesday, April 13, 2011

Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (2)

Assalamualaikum kembali sahabat. Bertemu lagi dalam siri Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan. Bagi yang belum mengikuti Matterhorn, Switzerland - Impian menjadi kenyataan (1), sila scroll kat bawah tu dulu, dan baca, kalau tidak nanti tak faham lak ceritanya..... hehe

Sebelum aku mulakan cerita ni, aku flashback balik citer yang sebelumnya.
Aku bertemu dengan seorang mat Saleh dari Switzerland bernama Chris dan menjadi penpal aku (masa tu email2, fesbuk, tweeter atau sebagainya, mana ada). Mulai dari hari tu, aku dan Chris menjadi kawan baik dan kami kerap berhubung. (melalui surat je, telefon tak mampu).

Dipendekkan cerita, setelah agak lama (taklah lama mana) aku bekerja di sykt tersebut, aku dinaikkan pangkat sebagai Accountant Assistant (kerana AFM (Account n Finance Manager) suka dengan kerja aku). Aku masih juga pergi audit ke branch Ipoh dan KL. Happy juga, pangkat naik, gaji pun dah naik, harapan aku, dapatlah aku kumpulkan duit untuk ke Switzerland. 6 bulan menjawat jawatan AA, pihak sykt menghantar aku untuk meneruskan pelajaran aku tentang akaun di Business Stategic School (Swasta) di Penang (pulau). Kursus mengambil masa selama 6 bulan secara sambilan. Aku tetap pergi ke pejabat, walaupun aku dalam tempoh kursus. Itulah yang membuatkan AFM (Mr Yap Fook Ping) sayangkan aku. Dia pernah cakap, "I belum pernah tengok org melayu kerja macam u". Kerana kesungguhan aku belajar sambil bekerja, aku dapat high score dalam exam aku dan top student menewaskan kaum2 lain yang sama2 mengambil kursus itu. Bukanlah nak bangga, kejayaan aku tu sebenarnya kerana apa yang aku belajar adalah sama dengan apa yang aku buat setiap hari semasa kerja, malah kadang2 kerja Accountant pun aku yang buat. Aku mmg nekad mengumpul duit, habis belajar pukul 5ptg, aku ke ofis, OT sampai malam, menyiapkan kerja2 yang pending, dengan kerja Accountant (Mr Yeoh) pun kadang2 aku siapkan. Bila Mr Yeoh datang keesokkan harinya, tengok semua kerjanya dah selesai, dia cuma periksa sahaja agar semuanya betul sebelum diserahkan kepada Mr Yap. Tapi kadang2 Mr Yap tahu, kerja tu aku yang buat. Sbb bnyk kali juga Mr Yeoh terkantoi.... hehe. Selepas habis belajar, dan aku dapat 1st grade, aku sekali lagi dinaikkan pangkat menggantikan Mr Yeoh sbg accountant kerana Mr Yeoh bersara. Rezeki semakin bertambah, dan Mr Yap, bnyk memberi tunjuk ajar kepada aku. Dan walaupun kami berlainan bangsa, tapi kami kelihatan seperti anak dengan bapak. Mr Yap, percayakan aku dan banyak ilmu dicurahkan kepada aku, dan tidak berkira dengan apa pun. Bagi branch Ipoh dan KL, mereka terlalu takut kalau aku datang secara mengejut. Tambahan pulak aku dah pun menjadi accountant. Kalau dulu bolehlah mereka mempermainkan aku masa aku kerani sahaja. Tapi kali ini mereka tak boleh main2 lagi. Branch Ipoh lah yang paling bnyk buat silap, tapi aku tak pernah lapurkan kepada pihak HQ (Butterworth) kerana aku faham, manusia mana yang tidak buat silap. Cuma aku bagi amaran sahaja supaya tidak lagi berlaku kesilapan. Gaji pun dah bnyk masa tu. Tapi simpanan masih belum cukup untuk aku ke Switzerland.
Oh ya, lupa aku nak cerita, sambil2 aku bekerja sebagai kerani akaun, accountant assistand dan accountant, aku juga bekerja sebagai Catwalk Model kat sebuah sykt modelling bernama Mirage International. Tapi aku tak bnyk dapat undangan kerana, mereka mengutamakan Chinese dan utamakan model sepenuh masa.
Begitulah aku, bekerja keras kumpulkan duit untuk mencapai hasrat dan cita2 aku. Namun ketika itu, tidak ada siapapun tahu kenapa aku bekerja keras mengumpulkan duit, termasuklah ayah dan mak. Sesungguhnya impian itu, hanya aku sahaja yang tahu.
Dalam tahun 1995, aku mencuba nasib memohon untuk menjadi pramugara MAS (salah satu cita2 aku semasa kecil juga). Itu juga atas cabaran kawan2. Mulanya aku memang merasakan aku tidak layak langsung untuk jawatan itu, tapi aku tetap ingin mencuba, sebab lebih cepat aku dapat ke Switzerland kalau aku dapat jawatan itu. Aku pun menghantar resume ke pihak MAS di KL, dan alhamdulillah tidak aku sangka,aku dipanggil untuk temuduga. Aku terus memohon cuti selama 2minggu untuk mempersiapkan diri untuk temuduga tersebut. Aku merahsiakan semuanya daripada Mr Yap, dan cuti aku diluluskan.
Aku mungkin pernah ke KL untuk audit branch di KL, tetapi aku tidak betul2 arif dengan kotaraya besar itu. Tiba tarikhnya utk temuduga, aku datang ke KL menaiki bas malam dari Butterworth. Sampai Puduraya dalam pukul 4pagi. Aku tidur di Puduraya sementara menunggu hari cerah. Pukul 6:30pagi aku mandi di Puduraya dan bersiap untuk temuduga tersebut, kemudian menaiki bas metro nombor 60A (kalau tak silap). Aku sampai ke Subang Airport dalam pukul 8pagi. Turn aku dalam pukul 9:30, sempatlah aku breakfast dan siap apa yang patut. Bila time interview, alhamdulillah aku dapat menjawab semua soalan panel, kerana aku dah baca pasal MAS, dan semua soalan yang ditanya, aku dah baca awal2. Salah seorang panel bertanya, kenapa aku ingin menjadi pramugara. Maka aku nyatakanlah impian aku dan Mattterhorn.
Seminggu lepas tu, aku dapat panggilan untuk melapur diri..... alhamdulillah. Memang tak sangka langsung akan dapat jawatan itu. Aku pun mengambil peluang itu. Aku menghantar notis 24jam meletak jawatan. Mr Yap amat terkejut dengan keputusan aku, dan menasihatkan aku supaya memikirkan kembali keputusan aku. Aku nyatakan kepada Mr Yap, mmg aku tekad utk menyertai MAS walaupun gaji aku agak jauh bezanya, terlalu rendah (aku bermula dengan gaji pokok RM800, sedangkan aku dapat RM2300 setiap bulan di sykt itu...). Aku percaya, ajal, maut, jodoh, rezeki, semua adalah ketentuanNya. Kita cuma merancang, Allah jua yang menentukannya...

...... aku dah melalut bnyk... nak rest kejap... nanti aku sambung lagi ye...

6 comments:

Acik Erna said...

assalam riz..dah memang rezeki riz dengan mas..
akak tunggu sambunganya.

Riz Ardy said...

Kak Erna - terima kasih. Betullah tu...rasanya panjang lagi kot saya melalut nanti. itupun dah potong bnyk tu.... harap tak membosankan lah ye.... hehe

zino said...

letih nak baca panjang panjang ni hehe.. teruskan teruskan

Riz Ardy said...

abg Zino - slowly, boleh habis jugak tu nanti...hehe

silversarina said...

baru tau kisah Riz sedikit sebanyak ..patut le pandai buat balance sheet dan close account MR products :)

Riz Ardy said...

Akak, balance sheet tu biasa aje kak... macam kacang putih je...hehe. Sebenarnya kalau saya dicampakkan ke company lain jadi accountant dia....pening gak. sebenarnya saya kat co tu nama ajer accountant, tapi tidaklah semahir accountant yg bertauliah yg lain. Setakat account co tu boleh le saya buat..
Tp, sebenarnya saya mmg ada accounting punya background.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...